Monday, June 3, 2013

UNDI CINA SUDAH MATI KEPADA MELAYU, ADA FAHAMKAH?



Berbual dengan seorang pemimpin MCA yang setia kepada MCA berkaitan keadaan yang MCA alami sekarang, beliau yang berada di Negeri Selangor berkata: “pemimpin-pemimpin parti, tidak tahu apa yang mereka sedang fikirkan!”

Kata-kata beliau itu telah terungkai apa yang telah dialami oleh MCA buat masa ini. Memang benar, tiada seorang pun tahu apakah yang sedang difikirkan oleh pemimpin-pemimpin MCA, mereka seperti belum insaf lagi, sebaliknya berniat mahu menguasai saham Matang Holdings!

Apabila pemimpin bawahan bincang masalah pencalonan, beliau berkata, “saya langsung tidak faham bagaimana Presiden memilih calon bertanding, buat orang lain sangat rasa marah! Sudah tahu memang kalah, sekurang-kurangnya kita rebut setiap undi, sebaliknya ada sesetengah calon tidak banyak keluar duit, sehingga mereka tidak sanggup keluarkan duit untuk berkempen, mereka bukan kerana berani bertanding, sebaliknya mereka mahu dapatkan habuan dana PRU yang lumayan itu.”


Apa yang diberitahu, setiap calon MCA yang bertanding akan dapat peruntukan dana dari parti sebanyak 600 ribu ringgit, ini bukan angka yang kecil, ada sesetengah calon bertanding cuba jimatkan duit peruntukan itu, kurang berbelanja untuk pertandingan, tidak melantik orang-orang untuk bertugas, tidak kumpulkan organisasi untuk berkempen, mereka cuba sedaya upaya berjimat cermat, mereka juga tidak mahu orang-orang veteran membantu mereka berkempen, mereka takut nama mereka jatuh, dan mereka juga cuba elakkan kos belanja makan. Bermakna apa sahaja yang mereka boleh dijimatkan mereka cuba sedaya upaya berjimat.

“yang paling buat marah kerana kita sebagai pemimpin bawahan mencadangkan supaya calon-calon bergabung tenaga di antara calon-calon yang lain hanya menggunakan satu bilik gerakan, salah satu calon berkata, duit yang beliau peroleh itu untuk beliau bayar pinjaman rumah! Aduh! Adakah calon ini calon cerdik pandai yang dipilih dan diteliti oleh presiden?”

Gunakan dana kempen PRU untuk bayar pinjaman rumah! Adakah ini dikira sebagai rasuah? Mungkin ia tidak dikira sebagai rasuah, tetapi ini telah membelakangi parti dan ahli-ahli parti! Dengan itu mereka kelihatan seperti berani menjadi calon bertanding, sebaliknya mereka hanya nampak dana pilihan raya itu sahaja.

Pemimpin bawahan penuh kerisauan sebaliknya pempimpin atasan sibuk dengan ambil alih saham

“selain daripada calon PRU bermasalah, pemikiran pemimpin parti juga bermasalah, kita pernah memberi reaksi kepada Presiden parti berkaitan calon PRU yang dipilih, sebaliknya Presiden beri jawapan yang tiada kaitannya dengan soalan, menyebabkan kita rasa bengang! Sebab itu musim kempen di waktu PRU, kita tidak tahu apa yang perlu kita lakukan, dan tiada tugas yang perlu dibuat, akbhirnya MCA tewas lebih teruk daripada PRU yang sebelum ini! Kekalahan yang kita sendiri tidak berani melihatnya! Tiket undi asas dari ahli-ahli parti pun tidak dapat diselamatkan!”

“MCA telah terlalu rasuah! Jika sudah teruk sebegini tidak dapat bangkit kembali, 2 kali PRU lagi, MCA akan habis!” beliau menggelengkan kepala menutup perbualan ini.

Ahli-ahli bawahan MCA amat risau masa depan MCA, daripada begitu agresif kini telah terbalik menyokong parti lain, secara pasif pula mereka tidak tahu ke mana akan tuju hala mereka, dalam keadaan sebegini, pemimpin-pemimpin MCA pula sedang sibuk mahu ambil alih saham Matang Holdings, menyebabkan salah satu daripada 4 pemegang saham terbesar Tan Sri Lee Kim Yew melenting dan menyumpah!

Pemikiran pemimpin MCA selamanya berbeza dengan pemikiran ramai, sebelum PRU semua pihak tidak nampak di mana kelebihan MCA boleh menang lebih daripada PRU sebelumnya, tetapi pemimpin-pemimin MCA kelihatan ceria mereka boleh menang, akhirnya mereka kalah, yang tinggal hanya aset parti, imej parti telahpun habis, apabila semua pihak mahu MCA rasa insaf dan muhasabah diri, apabila semua pihak risau dalam kabinet tiada wakil dari kalangan orang Cina yang boleh menjejaskan kepentingan kaum Cina, sebaliknya pemimpin-pemimpin MCA sibuk dengan isu pengambil alihan saham!

Chua Soi Lek menegaskan pengambil alihan saham itu adalah aktiviti perniagaan, tidak boleh dipolitikkan, dan tidak boleh dianggap sebagai persidangan dalam parti! Pemikiran seperti ini amat bersifat diktator, beliau tidak mahu melalui kelulusan jawatankuasa Pusat MCA, tetapi lebih bernasib baik dalam ahli jawatankuasa Pusat masih ada lagi orang-orang yang sedar, tahu lakukan bantahan, tahu mempertahankan kepentingan pemegang-pemegang saham yang kecil.

Selepas kalah teruk PRU, tidak fikirkan untuk bangkit semula, sebaliknya cuba menjual aset parti, sebenarnya mereka nak buat apa kepada MCA? Adakah mereka telah menghayati kata-kata seperti ini: Tuhan mahu dia mati, suruh dia berseronok-seronok terlebih dahulu?

Artikel asal oleh,
Tan Yen Fong
China Press, 1 Jun 2013 (Sabtu)
Tajuk Asal : MCA Tidak Fikir Untuk Bangkit Semula



1 comment:

  1. Saudara2 sila buka link ini...bagaimana budak2 melayu (pekerja2 Firefly) didiskriminasi oleh Eddy Leong dan kunco2 nya di Firefly http://1melayu1melayu.blogspot.com/2013/06/mangsa-racist-bekas-ceo-firefly.html

    ReplyDelete