Monday, September 30, 2013

CHRISTOPHER ROSS LIM MENGAMOK


Nama Sebenar
Tarikh Daftar 
Tarikh Pinda 
Nama Baru
Nama Ibu Sebenar
Nama Ayah
Sebenar
Negara Asal Lahir
Christopher Ross Lim

21.4.1997
23.6.1997
Zairil Khir Johari
Christine Lim @ Rose Christine Abdullah@Rose
Christine Khir Johari
Howard Lim
(Singapore)
Hawai, Amerika
Syarikat


Sehingga ke hari ini Zairil masih tidak mengaku beliau anak Cina Totok, istilah Cina di Indonesia disebut Cina Totok!  Lim Guan Eng juga berusaha menipu Hadi Awang, menipu Nik Aziz, menipu semua orang Islam bahawa ada Melayu Islam dalam CEC DAP (setelah kesilapan Suruhanjaya Pilihanraya DAP).

Zairil yang mengaku Melayu itu hendaklah membuat ujianDNA untuk membuktikan beliau anak Howard Lim atau anak Mohd. Khir Johari!

Setujukah anda Zairil melakukan DNA untuk menjawab kebodohan kita yang diperbodoh-bodohkan oleh Lim Guan Eng kononnya dia anak Melayu? 

Zairil mengundi di Bangkok Lane di DUN Pulau Tikus dan Parlimen Bukit Bendera!

Apakah Kewarganegaraan Howard Lim bapa sebenar Zairil? Jika bapanya Howard ahli PAP, maka segala Rahsia negara mudah disalurkan kepada negara luar? 

Kamu semua bodohkah, MULAI SAAT DAN KETIKA INI jangan lagi panggil saya atau tulis saya dengan nama Zairil Khir Johari, saya adalah CHRISTOPHER ROSS LIM...PANGGIL SAJA CHRIST. Ada faham?

Posted on 5:55 PM | Categories:

Thursday, September 5, 2013

JARUM-JARUM HALUS KRISTIANISASI DI MALAYSIA

JARUM-JARUM HALUS
Jarum-Jarum Kristianisasi: Mempelajari dari Pengalaman Indonesia
Permohonan Majalah Herald - The Catholic Weekly untuk menggunakan kalimah ALLAH dalam terbitan majalah versi Bahasa Melayu merupakan agenda tersirat pihak missionary kristian mengikis syiar Islam di Malaysia. 

Ketagihan tersebut nyata melanggar ketetapan Perlembagaan Persekutuan yang memaktubkan Islam adalah Agama Rasmi Malaysia sekaligus mencabar kesabaran umat Islam.

Taktik dan strategi missionary kristian ini yang telah berjaya dilakukan di negara jiran kita; Indonesia dan kini secara halus ia cuba dilakukan di Malaysia. 

PERTAMA, di Indonesia umat Islam di sana DIBINGUNGKAN dan DIKELIRUKAN dengan penggunaan istilah-istilah bahasa Arab dan Islam oleh para missionary kristian seperti perkataan kalimah ‘ALLAH”, makmum, jemaah, doa, zikir, amal ibadat, sedekah jariah , ummat beragama, iman, rohaniyah, Ruhul kudus dan sebagainya. 

Missionary kristian turut mengubah corak dakwah mereka dengan menukar waktu ibadah ‘Sunday Prayer’  kepada ‘Friday Prayer’ yang disebut sebagai ‘Ibadat Jumaatan’ yang sama waktunya seperti solat Jumaat bagi umat Islam. Mereka turut  mengalun kitab bible dalam bahasa Arab bagi menarik minat pendengar. Ini bagi menunjukkan kepada umat Islam bahawa kristian juga adalah agama samawi (langit) dan diturunkan lebih awal kepada orang Arab. Jadi mengapa umat Islam tidak boleh menerima kristian kerana masing-masing menyembah “ALLAH”?

KEDUA, umat Islam sering DIDOKTRIN dengan dakyah dan idea LIBERALISME, KEBEBASAN serta HAK ASASI MANUSIA dalam setiap tindak-tanduk mereka. Golongan sasaran adalah para mahasiswa dan golongan masyarakat bawahan dengan tema kemiskinan rakyat, tekanan ekonomi dan kepincangan pemerintahan. Mereka sering diupah untuk berdemonstrasi dijalanan membuat kacau atau berwacana memprotes apajua dasar kerajaan. 

KETIGA, ketika rakyat leka  dengan rasa tidak puas hati membuak-buak kepada pemerintah, pada masa itulah mereka diperkenalkan dengan idea-idea kesaksamaan dan sama rata dimana hanya dengan idealisme ‘semua dapat merasai benda yang sama tanpa mengira status ras dan agama maka barulah akan wujud keadilan sosial. Hiburan-hiburan  yang melampau digunakan untuk melalaikan umat Islam dari ibadah wajib mereka.

KEEMPAT, ketika rakyat tidak lagi mahu mendengar apajua kebaikan yang dilakukan pemerintah, ketika itulah jarum-jarum Kristianisasi mula memasuki dan merasuk rakyat kononnya pemerintahan Islam banyak membawa keburukan kepada rakyat dan negara. Kristian dipromosikan sebagai agama penyelamat. Sedangkan Islam sebagai agama yang banyak bawa bencana di dunia. Ketika ini idea Jesus Al Masih atau Mesiah Sang Penyelamat mula dicanangkan sebagai bagi menyelamatkan kegawatan ekonomi dan politik negara.     

KELIMA, ketika keadaan rakyat yang semakin tertekan akibat kegawatan ekonomi, mereka kurang menghiraukan soal-soal agama, kepentingan bangsa mahupun kedaulatan negara. Ketika ini dakyah kristianisasi gereja akan memujuk rakyat  dengan pelbagai bantuan wang, makanan, khidmat pendidikan dan aktiviti kemasyarakatan yang berselindung di sebalik pertubuhan-pertubuhan sosial dan parti-parti politik atas dasar ‘kepedulian bangsa’ dan ‘kebersamaan’. Dana asing ketika ini akan mencurah-curah masuk dan promosi khidmat masyarakat tersebut diberikan secara besar-besaran melalui alternatif media.

Pihak missionary mendampingi golongan sasaran melalui kunjungan agen-agen mereka ke masjid, surau, pesantren dan rumah-rumah kebajikan antaranya melalui majlis berbuka bersama, pemberian Al Quran, sumbangan kewangan dan barang keperluan kepada ketua-ketua kampong, anak-anak yatim serta ibu tunggal. Para missionary kristian akan berpakaian dan berbicara sepertimana umat islam berpakaian dan berbicara, bahkan mereka semakin berani membaca ayat-ayat Quran dan hadis-hadis muktabar. Ketika ini ada segelintir umat Islam tersentuh dengan budi baik pihak ini dan menyokong apajua tindakan tersebut atas nama ‘kesatuan dan toleransi umat beragama’. Maka acara bersama seperti doa, solat dan ibadah puasa pelbagai agama dipromosikan dalam sesebuah acara. Idea-idea PLURALISME kian subur dan giat dicanangkan oleh tokoh-tokoh Islam sendiri.

KEENAM, apabila masyarakat muslim mula terhutang budi pada organisasi-organisasi gereja ini maka dakyah seterusnya adalah memesongkan iman seseorang muslim dengan cara mendapatkan pengakuan bahawa Islam adalah ajaran yang salah. Ketika ini apa jua berkaitan Islam, Nabi Muhammad, Al-Quran, Puasa, Zakat dan Haji dianggap sebagai ibadah sia-sia dan menyesatkan serta tidak diterima Jesus. Hati umat yang telah kotor dan keliru akibat sumber makanan haram yang diterima selama ini akan mudah dipengaruhi dakyah-dakyah kristian yang memujuk ini. 

KETUJUH, apabila seseorang yang didakyahkan semakin keliru, terhutang budi dan mula meragui ajaran Islam, maka ketika ini mereka akan dipujuk rayu oleh beberapa pastor-pastor ternama yang boleh berbicara dan mengetahui selok belok Islam. Ketika ini acara brainwash atau cuci otak dilakukan secara agresif yang akan menyaksikan si individu atau kumpulan individu akan membuat ikrar untuk keluar dari Islam kerana tidak lagi yakin pada Islam. Ketika inilah PEMURTADAN secara sedar dan separa sedar berlaku.    

KELAPAN, apabila diyakini seseorang individu atau kumpulan telah murtad maka acara seterusnya mereka akan dikristiankan oleh Ketua Pastor melalui upacara PEMBAPTISAN. Mereka dikehendaki meminum air ‘HOLY WATER’ atau upacara berendam di dalam air. Ketika itu iman Islam akan tercabut dan sahlah seseorang itu menjadi kristian dan kafir kepada Islam. Penganut Kristian baru ini seterusnya akan dilantik menjadi pastor-pastor yang akan menyebarkan lagi dakyah kristian terhadap umat Islam seterusnya.

JARUM-JARUM HALUS
FIKIR-FIKIR
Adalah menjadi satu kebanggaan pihak-pihak gereja di Indonesia jika mereka dapat memurtadkan umat Islam. Usaha untuk menyalahgunakan kalimah ALLAH dengan unsur syirik  merupakan langkah pertama sebelum ke langkah-langkah seterusnya.  

Kesan kristianisasi di Indonesia amat dahsyat sehinggakan berlakunya perkahwinan silang antara penganut agama Islam yang berkahwin dengan penganut kristian atas dasar perkahwinan sesama ahli kitab. Maka lahirlah zuriat-zuriat yang haram dilaknati Allah s.w.t. Sebab itulah begitu banyak bencana melanda bumi Indonesia kebelakangan ini yang mungkin menjadi sebab kemurkaan Allah swt yang mahu menghapuskan keturunan-keturunan haram ini.

Sesungguhnya kita bersimpati dengan nasib saudara seagama kita di Indonesia. Namun kita juga perlu berbangga dengan jihad berterusan mereka melalui pelbagai NGO Islam yang ada mempertahankan akidah mereka dengan begitu gigih walaupun tanpa dana yang banyak. 

Bermula dengan dakyah kononnya kalimah ALLAH boleh dikongsi bersama akhirnya melarat kepada perlaksanaan sebuah agenda jahat puak missionary kristian untuk menyesatkan umat Islam. Justeru, kita perlu terus berjihad mempertahankan kesucian kalimah ALLAH dari diberi kebenaran digunakan oleh pihak gereja di Malaysia.  Jihad…Allah Akhbar!
KUFUR JIKA BENARKAN NAMA ALLAH DIGUNA OLEH AGAMA LAIN

Posted on 7:24 PM | Categories: