Saturday, March 1, 2014

KEAJAIBAN THE MALAYSIAN INSIDER : ANJING LANGGAR KERETA

SILAP TAIP AMAUN & SILAP KIRA CEC , BOLEH PERCAYA KAH? TMI ADA JAWAPAN GHAIB !
ANTARA RASUAH POLITIK & RASUAH POLIS
Saya membuka mata terbeliak kepada The Malaysian Insider (TMI) kerana mendedahkan kononnya 60 pegawai polis disyaki terlibat dalam rasuah dan kononnya seorang pegawai kanan polis mempunyai RM20 juta dalam beberapa akaun bank.
Walaupun Ketua Polis Negara telah menafikan perkara ini, namun sudah menjadi suatu kebiasaan media internet seperti TMI suka meniupkan khabar angin, hipotesis dan gembar-gembur untuk mendapat pot pembaca. 

Biasalah dalam kewartawanan, anda tidak akan menulis "Kereta Melanggar Anjing", sebaliknya anda akan menulis "Anjing Melanggar Kereta", baharulah orang akan terkejut membacanya kerana apabila tajuk berita Anjing melanggar kereta sudah tentulah orang akan terkejut dan bernafsu untuk membacanya.

Isu sebenarnya ialah, bagaimana TMI boleh menyimpulkan laporan seorang dua anggota polis yang membuat salah dihukum awal-awal oleh laporan berat sebelah tanpa pihak sebelah. Perbuatan ini sudah melanggar etika kewartawanan, dan Konvensyen Geneva tentang hak memberikan laporan yang adil. 

Sebaliknya mengapakah perkara yang senang seperti perusuh yang melompat-lompat dan menari-menari atas bonet kereta tidak berjaya dirungkai oleh TMI, bukankah TMI mengakui merekaah akhbar internet paling terberprestij. Di mana jurukamera TMI ketika itu? Saya pasti mereka ada jurukamera yang terlatih merakamkan adegan itu tetapi barangkali tidak mahu menyerahkannya kepada pihak polis. Atau barangkali mereka mahu setiap keping gambar itu dibayar supaya menjadi pendapatan sampingan mereka. 

Hakikatnya ialah pihak polis yang melakukan kesalahan dalam jumlah yang kecil tadi maka senanglah dikenalpasti. Sebaliknya perusuh-perusuh yang menterbalikkan kereta pula ramai dan tidak cukup bukti untuk dihukum. Dalam kes ini pihak polis menjadi mangsa keadaan.

Namun kepada TMI ianya menjadi terbalik. Jika ada soalan akademik, siapakah ahli politik yang sangat terkenal dengan kes Sodomi di Mahkamah Malaysia?. Sudah tentu satu dunia boleh menjawab dengan mudah orang itu ialah Anwar Ibrahim. Tetapi saya tidak hairan kalau TMI satu-satunya akan menjawab Haji Hadi Awang. Saya memang menyindir, awak marahkah?
Begitulah juga agensi keselamatan negara  seperti ATM, PDRM dan sebagainya semuanya difitnah supaya dapat memenuhi kehendak politik pihak pembangkang termasuklah yang terkini di atas. 

Falsafah Kewartawanan Anjing
Kita ambil contoh demonstrasi BERSIH yang merosakkan harta awam, TMI patut buat homework mengira berapa banyak kerugian yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan. Perusuh-perusuh itu tidak pernah menjadi bahan siasatan media-media seperti TMI kerana mereka "Anjing yang melaggar kereta". Apakah TMI juga mengamalkan ideologi kewartawan anjing itu. Baling ayam dia makan, baling itik dia makan, baling tahi pun dia makan. Itulah etika kewartawanan anjing tak kira apa barang diterima sahaja sama ada yang baik atau busuk.

Dalam pada itu, sebaliknya khidmat polis juga didamba untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman orang awam. Apabila Teresa Kok panik dan rasa keselamatan dirinya terancam, pihak polis juga yang dicari. 
Persoalan yang lebih besar ialah, mereka ini tidak pernah mahu menghormati amalan Demokrasi. Sepatutnya kalau sudah kalah mengaku kalahlah jangan heret institusi negara. Duduklah diam-diam selama 5 tahun, bersabarlah biarkan pihak polis meneruskan usaha menjaga keamanan publik. 

Oleh itu, janganlah apabila tiada ribut, tiada bukti kukuh, tiada kesahihan hanya berkhabar angin tiba-tiba melaporkan kononnya 60 pegawai kanan polis memiliki sekian juta dalam akaun bank mereka. Ianya bukan kebolehan mana-mana anggota polis untuk mengumpul harta berjuta-juta ringgit pun. Mereka bukan Lim Guan Eng, Teresa Kok, Ronnie Liu yang terpapar dengan nyata penyelewengan dan amalan rasuah mereka.

Mengapa TMI ghairah sangat menaikkan isu-isu yang berunsur tuduhan dan fitnah sebaliknya kes-kes sebenar tidak disiasat. Ambil contoh depan mata sahaja, berkenaan kes terowong dasar laut sepanjang 6.5 kilometer (km) yang menghubungkan Persiaran Gurney dengan Bagan Ajam yang tiba-tiba meningkat dari harga asal sebanyak RM4 Bilion kepada RM6 Bilion. Lim Guan Eng hanya memberi alasan tersalah taip sehingga menyebabkan kos pembinaan terowong bawah tanah di Pulau Pinang berlebihan sebanyak RM2 bilion. Masuk akal kah? Silap taip amaun? Silap kira CEC DAP? Esok-esok apabila wartawan bertanya kenapa dahi ada plaster? Silap-silap dia jawab kena baling pinggan mangkuk kerana tersilap tidur dengan bini orang pula !

Mengapa TMI tidak membuat siasatan terperinci isu ini? Banyak persoalan boleh ditimbulkan, antaranya adakah lebihan RM2 Billion itu rasuah? Adakah ianya digunakan untuk PRU13? Mengapa asyik beri alasan budak sekolah tersalah taip begitu juga alasan Mesyuarat CEC DAP juga tersalah kira? Biasanya orang Cina kalau bab kira-mengira satu sen pun dia tidak mahu rugi! Siasatlah kerana ianya isu pelik! 

Homework Untuk Meraih Anugerah
TMI patut membuat homework supaya dapat memenangi Anugerah Media Siber Paling Berprestij barangkali tahun hadapan supaya dapat menyaingi Malaysiakini. Homework itu mudah sahaja. Buatlah satu siasatan kewartawanan mengapa Ronnie Liu tidak dicalonkan di dalam PRU13? Yang amat menghairankan mengapa Ronnie Liu tidak membantah pun bilamana dia tidak dicalonkan semasa PRU13? Apakah ada sesuatu yang disembunyikannya? Dan berapa Juta Ringgit berjaya dikumpulkan oleh Ronnie LIu sepanjang sesi 2008-2013 ketika dia menjawat Exco Kerajaan Negeri Selangor? Atau adakah TMI sendiri mempunyai sesuatu terhadap kekayaan luar biasa Ronnie Liu sampaikan tiada satu pun wartawan TMI gah untuk menyelidikinya?

Kajian ini sangat penting supaya TMI boleh menghasilkan sesuatu yang boleh dibanggakan oleh masyarakat, barangkali temanya khusus bertajuk "Di Antara Rasuah Politik & Rasuah Polis". Buatlah perbandingan siasatan antara isu 60 pegawai polis itu dengan beberapa kerat orang di atas itu.

TMI juga perlu meneruskan siasatan kewartawannya terhadap Teresa Kok. Kita pun tidak mahu Teresa Kok tetiba mati terkejut sekiranya ditampar oleh NGO-NGO Melayu, Islam dan NGO Cina Buddha yang marah dengan video klip CNY nya. Bab Teresa Kok ini sungguh banyak kes rasuahnya sebagaimana didedahkan oleh bekas pembantunya antaranya salahguna dana PRU13 sebayak RM186,000. Begitu juga kes tanah di Dengkil, wang dari Yayasan Selangor dan pengeluaran cek-cek tidak mengikut peraturan sebagaimana didedahkan oleh bekas pembantunya sendiri. Tak kanlah perkara kecil seperti ini pun TMI tak boleh tulis? Memalukanlah?

Kesimpulan mudahnya, jika TMI tidak mampu membuat kajian di atas itu sebagaimana tuduhan wewenangnya terhadap pihak polis, maka berhentilah daripada menuduh, memfitnah dan merendahkan institusi kepolisian. Sudah tentu mereka lebih mulia berbanding ahli-ahli politik seperti di atas yang mengamalkan rasuah terang-terangan tetapi tiada sesiapa di dalam TMI yang berani mendedahkannya khususnya amaun-amaun itu.

Ronnie Liu, Lim Guan Eng, Teresa Kok dan mereka yang sewaktu dengannya bagaikan kera mendapat bunga bilamana mendapat sesuatu yang indah apabila jatuh ke tangan orang yang tidak betul maka rosaklah negeri Selangor sebagaimana terjadi sekarang ini. Lebih malang lagi, media seperti TMI tidak pernah mahu mengoreksi kes-kes rasuah dan penyelewengan mereka secara terperinci.  

Kita sering membaca ulasan sesetengah pihak bahawa akhbar Utusan Malaysia buta, malangnya TMI bukan setakat buta, tetapi tuli dan sengaja menutup mata terhadap isu-isu yang lebih besar seperti penyelewengan dan amalan rasuah oleh Lim Guan Eng, Teresa Kok, Ronnie Liu dan terbaharu buatlah pula siasatan akhbar dakwaan berapa juta mantan ADUN Kajang dibayar oleh Anwar Ibrahim ketika dipaksa meletak jawatan? Itu tidak kira lagi penyelewengan berbillion ringgit dalam kes TALAM yang masih belum dirungkai! 

Saya cabar wartawan-wartawan di TMI supaya menyiasat dan seterusnya dedahkan kepada pembaca hasil siasatan mereka terhadap isu-isu rasuah dan penyelewengan yang melibatkan Lim Guan Eng, Teresa Kok dan Ronnie Liu di atas. Jika kamu tidak mampu melakukannya, janganlah lagi menulis separuh jalan kerana ianya umpama Anjing yang menghidu-hidu tahinya sendiri lalu memakannya semula.

Nasehat saya, elakkanlah mengamalkan filosofi kewartawanan anjing!, kerana sudah tentu kamu bukannya anjing.

Wartwan Pencen,
Kota Bharu, Kelantan.

Sumber di SINI

0 comments:

Post a Comment