Sunday, March 9, 2014

TAKTIK PEMBANGSAT EKONOMI BERJAYA DIPATAHKAN KPDNKK...SYABAS!




Ni nak cerita sikit bagaimana subsidi minyak dirampok oleh perompak dan penyangak ekonomi bangsat yang merugikan negara. Nasib baik masih ada pegawai dari Task Force KPDNK yang berintegriti yang berjuang membanteras perbuatan penjenayah ekonomi ini:

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas 645,570 liter diesel dan petrol bernilai RM1.62 juta dalam Operasi Diesel 1 Selatan (OD1S) di tiga buah negeri iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor sejak Rabu.

Timbalan Pengarah (Pembangunan) KPDNKK, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata pihaknya juga merampas sebuah kapal pengangkut minyak, lima lori tangki, enam lori satu tan dan 25 tangki penyimpanan yang digunakan dalam aktiviti penyelewengan bahan api bersubsidi itu.

Kesemua aset yang dirampas termasuk bahan api bernilai hampir RM3 juta dan Melaka mencatat nilai rampasan tertinggi iaitu RM2 juta sementara Selangor RM500,000 dan Negeri Sembilan RM250,000, katanya kepada pemberita dalam sidang media di Taman Perindustrian Cheng di Melaka, Khamis.

Iskandar Halim berkata operasi khas itu dijalankan selepas unit risik KPDNKK bersama Pasukan Petugas Khas, Jabatan Peguam Negara mendapat aduan awam dan mengintip selama empat bulan sejak Oktober lepas berhubung aktiviti penyelewengan dan penjualan diesel bersubsidi kepada pihak industri.

Beliau berkata modus operandi sindiket itu ialah dengan membeli diesel secara sedikit di stesen minyak di tiga buah negeri itu dan mengumpulkannya di satu tempat pengumpulan di Taman Perindustrian Cheng, sebelum dihantar ke tempat-tempat atau kawasan perindustrian yang memerlukan diesel.

Beliau berkata diesel berkenaan disyaki dijual dengan harga RM2.50 seliter berbanding harga RM2.77 tanpa subsidi dan bahan api itu juga dijual ke negara-negara jiran.

Katanya, sebanyak 173 akaun individu dan syarikat dibekukan melibatkan RM12 juta bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Cukai Pendapatan 1967.

"Operasi ini dibantu sembilan jabatan/agensi kerajaan lain termasuk Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Bank Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Jabatan Audit Negara dan Jabatan Imigresen," jelas beliau.

Sumber: Bernama




Kita lihatlah sendiri bagaimana penyanggak ekonomi mengumpul kekayaan dengan cara jenayah mensabotaj ekonomi kita. Dikala kerajaan bertungkus lumus mencari jalan dan berusaha menangani masalah peningkatan kos sara hidup, mereka ini hidup mewah hasil kegiatan jenayah tersebut.


Golongan dan puak inilah juga yang sering menyalak dan menyalahkan semuanya salah kerajaan, salah UMNO dan Barisan Nasional. Golongan ini juga yang memekik meminta itu ini hingga merampas hak pribumi kononnya mereka membayar cukai yang banyak pada kerajaan. 


Kami berharap agar kerajaan terus tegas dan mempergiatkan lagi perjuangan jihad menghapuskan kegiatan penyanggak-penyanggak ekonomi ini. Kalau boleh media siarkan selalu kejayaan operasi sebegini. Sita dan rampas segala harta benda mereka hingga mereka tahu negara ini ada undang-undang. Majoriti rakyat inginkan keadilan.  


1 comment:

  1. Komplain kuat pasal harga minyak naik lah ape lah. Tengok betapa banyaknya mereka seludup minyak nak jual keluar semata2 nak dapat untung berlipat kali ganda. Tau pulak negara luar jual minyak lebih mahal dari negara kita. Pun tak tahu di untung lagi tu.

    ReplyDelete