Thursday, May 22, 2014

KENAPA CHINA PILIH MALAYSIA BERI PANDA


Dalam konteks hubungan diplomatik, kalau Thailand tawarkan kita Gajah pun susah kita nak cakap tidak, apa lagi jika tawaran ini datang daripada sebuah negara yang besar seperti China; yang boleh memberi kelebihan kepada Malaysia dari segi keselamatan dan perdagangan berbilion ringgit. Apa yang pembangkang mahu? Agar Malaysia ada masalah dengan negara-negara kuasa besar dunia. Kedatangan Obama ke Malaysia dan Diplomasi Panda China merupakan perkara besar dalam hubungan diplomatik Malaysia dengan kuasa besar dunia. Jika hubungan Malaysia tidak baik dengan negara-negara ini, pembangkang boleh menggunakan kesempatan ini untuk melangsungkan agenda mereka - misalnya menggunakan Al-Gore untuk menyokong reformasi jalanan 98 atau menggunakan ahli Parlimen gay Australia untuk menghentam Malaysia dalam pelbagai isu terutama yang berkaitan Anwar Ibrahim...


Signifikan hubungan diplomatik Malaysia - China

Ramai yang mempertikaikan apakah signifikan Malaysia menerima dua ekor panda gergasi (Fu Wa & Feng Yi) dan perlu menanggung kos yang tinggi. Umum sedia maklum bahawa ianya adalah sebahagian daripada meraikan Program Perjanjian Kerjasama Konsensus Panda Gergasi antara Malaysia - China pada tahun 2012 dan usaha menyokong langkah konservasi haiwan sedunia, ianya juga melambangkan keakraban dan penghargaan dua negara menjalinkan hubungan diplomatik selama 40 tahun dan kerjasama erat dalam pelbagai perkara.

Hubungan Malaysia - China bermula apabila China mengutus rombongan pertama ke Malaysia pada bulan Ogos 1971 dan telah mengubah pendirian lamanya dan mengiktiraf kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat. Dalam perhimpunan agung PBB Oktober 1971, Malaysia menyokong pemulihan kerusi Republik Rakyat China di PBB. Pada 28 Mei - 2 Jun 1974 adalah tarikh signifikan Malaysia - China apabila, Zhou Enlai (Perdana Menteri China) dan Tun Abdul Razak (Perdana Malaysia) menandatangani Pengumuman Bersama Penjalinan Hubungan Diplomatik China-Malaysia pada 31 Mei 1974. Sejak 1985 terdapat 10 perjanjian persefahaman (MOU) dalam bidang ekonomi, pendidikan, teknologi sains dan sukan. Malaysia adalah antara 10 pelabur terbesar di China manakala China kini rakan perdagangan terbesar Malaysia dan pasaran eksport terbesar mencatatkan perkongsian eksport sebanyak 14.3% berbanding Amerika iaitu 8% dan Eropah 9% . Perdagangan dua hala antara Malaysia dan China mencecah RM 121 Billion pada 2014 (di antaranya nilai eksport Malaysia ke China lebih besar daripada nilai eksport China ke Malaysia).

Oleh demikian, dua panda gergasi adalah simbolik dan nilai persahabatan yang tidak ternilai diantara dua negara. Panda tersebut hanyalah dipinjamkan selama 10 tahun, sekiranya berlaku apa-apa perkara yang buruk atau menyebabkan kematian sudah tentu ianya juga memberi gambaran yang tidak baik kepada Negara. Maka kos yang ditanggung adalah usaha untuk menunjukkan keseriusan Negara dalam menghargai perhubungan yang dijalinkan. Kalau dulu, China menghantar Puteri Hang Li Po sebagai tanda diplomatik tetapi tidak dipinjamkan, malah berkahwin dengan Sultan Mansur Syah.Namun itu dahulu, kini zaman moden, mungkin kaedah simbol diplomatik juga berbeza. 

Semoga perkongsian ini membuka pemahaman dan peneriman rakan-rakan yang lain.

-Hafiz Ariffin  (Ikon Varsiti Kesukarelawan B.Harian 2014)

Antara info tentang panda di seluruh dunia

1. Hanya terdapat 17 zoo di 12 buah negara yang ada panda ni.

2. Panda di National Zoo Washington DC di sewa RM 3.3 juta setahun iaitu RM 33 juta utk 10 tahun. Tetapi untung bersih dari penjualan barangan cenderahati panda SAHAJA adalah RM 3.85 juta setahun.

3. Panda di Zoo Toronto menyumbangkan kepada 10% peningkatan keahlian Zoo dan pertambahan 300 ribu pengunjung setahun. Ini memberi pulangan RM 10 juta setahun.. (^_^)

4. Zoo Edinburgh merekodkan jualan tiket melebihi 50% dari biasa sejak kedatangan panda. Jumlah pendapatan adalah triple dari 27 juta kepada RM 81 juta setahun. 

5. Zoo Edinburgh juga mencatatkan peningkatan pelawat zoo apabila Panda mula mendiami zoo mereka daripada 536,000 pada tahun 2011 kepada 800,000 pada hujung tahun 2012. 

6. Zoo Atlanta kena melobi kerajaan China selama 12 Tahun untuk dapatkan panda Zoo San Diego kena belanja RM 16 juta bagi kempen dapatkan panada. (^_^)

7. Terdapat 17 Zoo di 12 buah negara di dunia ini yang menyimpan panda dengan kos yang memakan puluhan juta untuk menguruskan mereka, tetapi mereka tetap menyimpan kerana pulangan yang dibawa oleh seekor haiwan paling comel di dunia iaitu PANDA sangat menguntungkan.

Malaysia? Tak perlu melobi.. Tak perlu berkempen. China tawarkan atas menghargai 40 tahun persahabatan Malaysia dan China

0 comments:

Post a Comment