Wednesday, July 9, 2014

PEJABAT PEGUAM NEGARA JANGAN TIDUR

P.Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan yang amat merbahaya apabila mencabar orang Melayu mencetuskan 13 Mei 1969 kerana 'dia tidak takut' untuk berhadapan dengan orang Melayu.

Ramasamy turut mencabar Muhyiddin Yassin untuk memulakan 13 Mei 1969 yang kedua sambil menyelar MCA, MIC dan GERAKAN yang takut dengan tarikh tersebut.

Beberapa laporan telah dibuat oleh pelbagai pihak terhadap P.Ramasamy yang jelas sedang berusaha menghancurkan negara ini menerusi sesuatu yang telah cuba dielakkan selama berdekad-dekad.

Ramasamy merupakan salah seorang pemimpin luar negara Tamil Eelam, sebuah pertubuhan pengganas dari Sri Lanka yang telah membunuh Presiden Bangladesh dan Perdana Menteri India.

PDRM telah melakukan beberapa operasi sebelum ini yang berjaya menangkap tujuh pemimpin Tamil Eelam yang cuba bersembunyi di negara ini atas tiket UNHCR dan menyamar sebagai pelarian. 

P.Ramasamy adalah orang yang paling berang apabila pengganas-pengganas Tamil Eelam tersebut berjaya dikesan dan diberkas. Dia telah cuba membangkitkan kemarahan orang India di negara ini dengan memberikan gambaran kononnya Kerajaan Malaysia memusuhi orang India dan menzalimi masyarakat tersebut, termasuklah yang datang ke negara ini untuk berlindung daripada perang.

Presiden ISMA, Abdullah Zaik Abdul Rahman telah didakwa di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 pada 18 Jun 2014 kerana menyelar RSN Rayer yang memprovokasi UMNO CELAKA sebelum itu dalam sebuah ceramah pada PRK Bukit Gelugor.

Kalau Abdullah Zaik boleh dikenakan tindakan kerana kononnya menghasut setelah provokasi yang dilakukan oleh RSN Rayer, hanya kerana 42 laporan polis yang dibuat oleh DAP, mengapa RSN Rayer yang menerima berpuluh-puluh laporan polis yang lain dan P.Ramasamy yang sedang dan bakal menerima laporan polis berpuluh-puluh juga, tidak boleh dikenakan tindakan yang serupa?

Adakah P.Ramasamy dan RSN Rayer kebal daripada sebarang tindakan undang-undang kerana cubaan mencetuskan rusuhan agama dan perkauman di negara ini sebagaimana yang berlaku kepada Tony Pua, Teresa Kok, Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng?

Adakah Pejabat Peguam Negara hanya berani terhadap mereka yang menentang pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, tetapi terhadap para pemimpin Pakatan Rakyat, Pejabat Peguam Negara tidak bertelur?

0 comments:

Post a Comment