Tuesday, September 30, 2014

Pingat Emas Wusyu Ditarik Balik: Atlet Ambil Dadah atau Makan Ubat Cina?


Aiyaaa sulah kepoh satu dunia bila atlet Wusyu negara; Tai Cheau Xuen dituduh mengambil dadah di temasya Sukan Asia 2014 sampai itu atlet disingkirkan penyertaannya di Incheon, pingat emas yang menang sudah kena ditarik balik maa.

Menteri Belia dan Sukan; Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga amat-amat terkejuz dan melagui itu sampel air kincing atlet membabitkan amalan 'Chain of Custody (CoC)

Apa itu CoC aaa...wa tatak paham? 

Difahamkan, sampel air kencing beserta ampat sampel lain diambil pada pukul 5.06 petang (waktu Korea) 20 September lalu di lokasi acara wushu dan hanya dibawa keluar dari situ pada pukul 7.15 malam (hari yang sama), untuk dibawa ke Doping Control Command Centre (DCCC).

Tambah Khairy, dokumen CoC itu menunjukkan sampel itu tiba di DCCC pada jam 11.10 pagi (waktu Korea) dan beranggapan ia adalah pada 21 September 2014 memandangkan tiada tarikh dicatatkan pada sampel berkenaan.

"Sampel itu terus dibawa ke Institut Sains dan Teknologi Korea (KIST) dan tiba di makmal institut berkenaan pada 1.29 petang (waktu Korea).

"Catatan tarikh yang tidak disertakan menimbulkan keraguan dan tanda tanya berhubung perkara itu berikutan ia mengambil masa kira-kira 16 jam berada dalam simpanan iaitu dari lokasi perlawanan ke DCCC. Rekod penyimpanan dalam peti sejuk jika pihak terbabit berbuat demikian juga tidak direkodkan," 

Khairy berkata, timbul persoalan lebih jelas apabila menerusi pertemuan kedua bersama panel disiplin temasya itu yang dipengerusikan oleh Tayyab Ikram, mereka mengemukakan dokumen CoC berkenaan yang secara jelas sudah dipinda, berbeza dengan butiran yang diterima secara rasmi sebelum itu. 

"Versi dokumen yang dipinda itu juga tidak pernah dikemukakan kepada pihak kontinjen negara," 

Tegas Khairy lagi, Malaysia akan mengemukakan rayuan kepada pihak tertinggi iaitu Jawatankuasa Ad Hoc Court of Arbitration in Sport-CAS di Incheon untuk mempertimbangkan perkara ini demi menjaga hak dan kepentingan khususnya kepada atlet Wushu negara. 

"Kita tidak mempunyai sebarang sebab untuk mempersoalkan pengambilan sampel berkenaan ataupun kesahihan analisis oleh KIST, tetapi persoalannya adalah tentang kepincangan proses CoC yang tidak dijawab dengan sebaiknya oleh panel itu," katanya.

Waa jawab aaa...

Aiyaaa...lebih baik lujuk Lim Guan Eng maaa...mungkin itu atlet ada makan ubat cina maa kasi tahan macam itu PPS maa. Bila kena tahan sama itu polis, Lim kasi tau itu PPS ala guna ubat cina kasi kuat badan mau jaga dan londa malam-malam maa.

Aiya lagi mau kasi tau ka?


0 comments:

Post a Comment