Wednesday, October 8, 2014

MILO NESTLE TERLIBAT DENGAN AGENDA DAP...BIAR BETIK?


Nampaknya kita dah boleh BOIKOT MILO pula lepas nih...

DAP barangkali kalau ditanya akan memberi jawapan, mereka tidak merasuah pengundi dan hadirin yang datang mendengar ceramah mereka di Paya Terubong. Sebaliknya akan menyatakan bahawa ia adalah salah satu bentuk bantuan kepada rakyat yang disediakan oleh DAP dengan penuh baik hati.

Mengata orang memang sedap. Tetapi bila terkena ke batang hidung sendiri, bukan sahaja dibela, bahkan dikatakan orang lain sibuk menjaga tepi kain mereka. Lebih malang lagi ialah apabila dikatakan pula, pihak yang melakukan pendedahan sebagai RASIS dan chauvinist serta berdengki hati kerana DAP mampu memberikan bantuan kepada rakyat.

Sedangkan hakikatnya, bukan rahsia lagi bagaimana DAP menggunakan orang-orang mereka yang menguasai pasaran menerusi peranan orang tengah, pemborong dan peruncit untuk segera menaikkan harga bagi memberikan gambaran betapa buruknya Kerajaan Malaysia yang telah menaikkan harga demi memenuhkan kantung selepas kerajaan boros berbelanja.

Hakikatnya naik turun harga barangan seharian ditentukan oleh pemborong, orang tengah dan peruncit yang sebahagian besar daripada mereka bernaung di bawah persatuan-persatuan yang memberikan taat setia bahkan menjadi sumber kewangan kepada DAP.

Mereka menjadi senjata utama DAP. Dan ini kita boleh perhatikan bagaimana DAP menggunakan senjata utama mereka untuk meraih sokongan daripada rakyat Malaysia.

TIN MILO BESAR UNTUK MENGEMIS SOKONGAN!!!

Kita tunggu apa penjelasan Nestle yang mengeluarkan produk Milo nih walaupun Nestle sebenarnya tidak terlibat dalam perbuatan ini sebaliknya ada pihak lain yang menyarung pelekat baru pada tin tersebut untuk menunjukkan apa yang tidak sepatutnya ditunjukkan.


Hahaha lepas ni tin milo yang kosong boleh diberi pada PAS pulak untuk isi duit kutipan para pengangguk dan pencacai lepas ceramah.

Mungkinkah langit akan runtuh akibat lolongan puak-puak DAP sekiranya tin-tin milo tersebut terpampang wajah-wajah Perdana Menteri Malaysia atau setidak-tidaknya bendera Malaysia atau logo Hari Kebangsaan Malaysia ke 57.

Kutuk-kutuk Kerajaan BN lepas tu DAP bagi tin milo besau punya...fuh meleleh air mata Melayu-Melayu PAS dan PKR meratap syadu kononnya DAP lebih baik seribu kali dari UMNO yang telah berjasa 57 tahun.

Mulut disuap tin milo...tapi punggung tunggu ditendang. Debushhhhh...Baguzzz



 

0 comments:

Post a Comment