Friday, October 24, 2014

SEKOLAH VERNAKULAR DAN SIFAT KIASU PUNCA TAK BOLEH CAKAP MELAYU, TAK HORMAT MELAYU?


Inilah sebabnya kita lihat segelintir anak-anak muda kaum-kaum bukan Melayu bukan saja tak pandai berbahasa Melayu tetapi buta adat dan adab Melayu.

Mereka hidup membesar bagai kera sumbang dalam kelompok masing-masing, tak mahu belajar sejarah negara sendiri tetapi lebih bangga dengan sejarah kaum sendiri di negara asal tok nenek mereka.

Bila disebut mereka sebagai keturunan imigran mereka akan marah dan kata orang Melayu pun pendatang...hahaha tak faham makna bahasa Melayu lepas tu salahkan Melayu. 

Macam juga kebanyakkan orientalis dan pluralis yang tak faham bahasa Arab, tafsir bahasa dan ayat ikut suka hati kemudian kata orang Islam menganut ajaran Muhammadis yang sesat dan mengelirukan.

Bila tak tahu berbahasa Melayu, mereka kurang berminat nak tahu hati budi, perasaan dan sensitiviti orang-orang Melayu. 

Bahasa Melayu adalah bahasa perpaduan tapi ada juga chauvinist rasis yang tak suka bahasa Melayu kerana tak suka perpaduan kerana anggap mereka lebih kiasu banyak bayar cukai dan menguasai ekonomi Malaysia. 

Bila orang Melayu membahasakan diri 'saya' sebagai 'hamba' kepada Raja atau Sultan mereka yang tak faham mula bergeletik kata mereka bukan hamba abdi. Bukankah itu bengap tak tau bahasa namanya?   

Apa nak heran jika mereka tak tahu berbahasa Melayu ini boleh lulus kertas ujian peperiksaan Bahasa Melayu SPM kerana hakikatnya hanya menghafal formula untuk lulus bukannya menghayati. 

Mereka hanya takut kalau tak lulus kertas wajib SPM kemungkinan masa depan mereka gelap, susah dapat kerja dan memalukan.

Mungkin ini masanya kerajaan Malaysia melihat kembali keperluan untuk memperluaskan penggunaan Bahasa Kebangsaan. Dalam masa yang sama tak salah kita kuasai bahasa-bahasa lain juga.

Namun yang paling utama kerajaan patut memperbanyakkan dan mengutamakan pmbinaan Sekolah Kebangsaan di semua daerah . Utamakan pemberian bajet pada sekolah-sekolah yang mendaulatkan bahasa kebangsaan berbanding sekolah-sekolah aliran lain.

Kerajaan ternyata sudah lakukannya dalam pembentangan Bajet 2015 lalu. Ternyata perjuangan para pejuang bahasa dari semua pihak ada hasilnya. Terima kasih dan tahniah !!!


Kepada tuan-tuan di atas sana yang diberi undi dan mandat pemerintahan, utamakan suara kaum dan pihak majoriti yang telah memberikan kuasa pemerintahan kepada anda semua. 

Kami di bawah ini akan terus sokong tuan-tuan di segenap penjuru demi mendaulatkan bahasa kebangsaan. Insya Allah.

0 comments:

Post a Comment