Wednesday, April 30, 2014

HENTIKAN HIMPUNAN, HORMATI MENDIANG DAP


Ahli Parlimen DAP Teluk Intan, Seah Leong Peng, 48 tahun meninggal dunia pagi tadi akibat kanser.

Perkara itu disahkan oleh parti tersebut menerusi laman Twitter mereka sebentar tadi.

Beliau meninggal di Hospital Universiti jam 7.45 pagi.

Posted on 9:29 PM | Categories:

Friday, April 18, 2014

WAKIL RAKYAT DISARAN SEGERA KE KOREA @fuziah99 @anwaribrahim

Cara Negara Maju Korea Selatan Mengurus Rakyat Mereka Dalam Dewan/Stadium tertutup
Seorang Pegawai Kerajaan Ditampar Oleh Keluarga Mangsa 

Suasana Dalam Sebuah Dewan Penempatan Sementara Negara Maju Korea Selatan Semalam Menempatkan Mangsa Feri Karam

Perdana Menteri Korea Selatan Dibaling Botol Air 

Kita mencadangkan supaya mana-mana Wakil Rakyat yang suka mengkritik negara sendiri tentang pengurusan mangsa-mangsa di dalam dewan supaya membuat lawatan belajar segera ke Korea Selatan sekarang. Inilah masa yang paling sesuai untuk membuat perbandingan pengurusan penempatan mangsa-mangsa tragedi di dalam dewan. 

Lawatan ini diharap akan memberi kesedaran kepada mana-mana Wakil Rakyat betapa kemas dan tersusun pengurusan penginapan sementara dalam dewan yang diuruskan oleh kerajaan Malaysia.

Mesti ada sebab kenapa Perdana Menterinya dibaling botol mineral. Mesti ada sebab kenapa pegawai kerajaannya ditampar. Mangsa di Korea tidak sampai 1000 orang pun, di Malaysia kerajaan mengurus mangsa-mangsa di dalam dewan sehingga mencecah puluhan ribu orang.

Rujuk : Ini dan Sini.
Posted on 8:30 AM | Categories:

Thursday, April 17, 2014

PERBANDINGAN KOTAK HITAM, SINIS TETAPI BERMAKNA

Fungsi kotak hitam sendiri adalah untuk merakam komunikasi antara juruterbang dengan kawalan lalu lintas udara (ATC) serta untuk mengetahui tekanan udara dan keadaan cuaca selama penerbangan. Setiap kotak hitam mempunyai saiz sebesar kotak kasut, dengan berat sekitar 10kg. Ia diperbuat dari aluminium, dan direka agar tahan hentaman yang kuat, kebakaran dan tekanan tinggi. Sungguhpunperakam penerbangan ini pada asalnya dicat hitam, warnanya ditukar pada jingga/merah bata bagi memudahkan ia dilihat oleh pencari dan penyiasat sekiranya pesawat itu mengalami kemalangan.
Satu "kotak hitam" sebenarnya terdiri daripada dua kotak - perakam suara kokpit dan perakam data. Perakam data penerbangan merakam aliran maklumat penerbangan, sementara perakam suara kokpit menyimpan perbualan dan bunyi lain yang berlaku di kokpit. Perakam suara kokpit mampu merakam komunikasi kokpit dalam kitaran dua jam dan menindan kesemuanya kecuali dua jam terakhir.
Ini disebabkan biasanya hanya bahagian terakhir penerbangan yang menentukan punca nahas. Sebagai contoh, dalam nahas penerbangan Air France 447, perakam suara kokpit memberikan pandangan bernilai bagi penyiasat mengenai kekeliruan yang mengatasi juruterbang. Bagi kes MH370, bagaimanapun, ia dipercayai bahawa saat penting bagi memahami penerbangan bekitar pada tempoh sistem komunikasinya ditutup dan ia melencong tajam kearah barat sebelum terbang dengan senyap selama tujuh jam. Sungguhpun data penerbangan mungkin kekal, perbincangan di kokpit sejurus selepas perhubungan kawalan trafik udara dengan penerbangan terputus akan ditindak, kecuali kuasa pada perakam turut putus pada masa yang sama.
Apabila penderia pada kotak hitam mengesan bahawa ia diselitupi air, ia memberi isyarat ping, yang boleh dikesan oleh mikrofon dan penganalisa isyarat dari sekitar satu batu jauhnya. Bagaimanapun bateri pada kotak hitam hanya bertahan tidak kurang dari 30 hari sahaja. Pengesan mampu mengesan bunyi ping kotak hitam sehingga kedalaman 6,100m (20,000ft)






Posted on 6:45 AM | Categories:

KARPAL SINGH MAUT DALAM KEMALANGAN NGERI


Tarikh/Masa : 17.04.2014 Jam 0053.
Lokasi : KM 306, Lebuhraya PLUS arah Utara, Gopeng, Perak.
Mangsa : 5 orang mangsa ( 2 meninggal dunia, 1 cedera parah dan 2 selamat ).


Catatan : Kemalangan melibatkan sebuah kereta Toyota Alphard ( KS 9898 ) dengan sebuah lori 3 tan. Antara mangsa yang terlibat ialah:-

1) Ahli Parlimen Bukit Gelugor YB Karpal Singh - meninggal dunia
2) Pembantu peribadi - meninggal dunia
3) Pembantu rumah - cedera parah
4) Anak lelaki YB Karpal Singh - selamat
5) Pemandu - selamat

Mangsa meninggal dunia disahkan oleh pihak Hospital Tapah.
Posted on 12:08 AM | Categories:

Sunday, April 6, 2014