Friday, May 30, 2014

SIGNAL PESURUHJAYA PAS PERAK TOLAK CALON MENENTANG HUDUD



Kemesraan Tuan Razman Zakaria Pesuruhjaya PAS Negeri Perak bergandingan dengan YAB Menteri Besar Perak memberi signal kepada umat Islam di Perak supaya bersatu menjunjung syariah Islam termasuklah menolak penentang Hukum Hudud di negeri Perak.






Kemesraan Tuan Razman Zakaria Pesuruhjaya PAS Negeri Perak bergandingan dengan YAB Menteri Besar Perak memberi signal kepada umat Islam di Perak supaya bersatu menjunjung syariah Islam termasuklah menolak penentang Hukum Hudud di negeri Perak.
Posted on 5:41 PM | Categories:

Thursday, May 29, 2014

Monday, May 26, 2014

'JAMBU' BER'DNA' MALAYSIA JADI PEMBUNUH KEJAM DI LONDON!


Mungkin kerana terlalu banyak makan coklat Cadbury di London yang ber' DNA' kan babi, menyebabkan seorang remaja menjadi hyper bertindak kejam membunuh enam mangsa sebelum bertindak membunuh dirinya.

PETALING JAYA: Suspek kes bunuh enam pelajar di Santa Barbara, California Ellie Rodger mendakwa ibunya berasal dari Malaysia.

Dia mendedahkan ibunya keturunan Cina dan dilahirkan di Malaysia dalam dokumen bertajuk “Twisted My World – The Story Of Elliot Rodger” yang dihantar kepada beberapa orang termasuk kepada ibu bapa serta pakar terapinya melalui email sejam sebelum dia mengamuk melepaskan tembakan Jumaat lalu. 

Dokumen 140 muka menceritakan kehidupannya ketika kanak-kanak, mengenai keluarganya, kawan-kawan dan dalam babak terakhir dia menjelaskan secara terpirinci mengenai rancangan pembunuhan.

Menurut dokumen yang menjadi sambutan di internet itu, ibunya dari Malaysia dan berpindah ke England ketika remaja untuk bekerja sebagai jururawat di beberapa set penggambaran filem.

“Dia menjadi kawan dengan beberapa individu penting industri filem termasuk George Lucas dan Steven Spielberg. 

Dia juga pernah bercinta dengan George Lucas untuk masa yang singkat,” tulis Rodger .

Rodger yang dilahirkan di London turut menceritakan perasaan gembira ketika bercuti ke Malaysia bersama keluarganya selepas hari lahir yang ketiga.

Sesekali selepas hari lahir saya yang ketiga, kami semua pergi bercuti ke Malaysia, tempat lahir ibu saya. Kadang-kala saya teringat kenangan itu.

Saya terlalu gembira. Kami turut melawat keluarga ibu saya,”tulisnya.

Namun selepas hari lahirnya yang ketujuh, Rodger memberitahu ibu dan bapanya, Peter Rodger yang bekerja sebagai pengarah filem di Hollywood, akan bercerai.

Beberapa bulan sebelum itu, ibu saya ada memberitahu perkara sebegitu tidak akan berlaku. Saya sangat terkejut, marah, terharu dan semuanya ada. Itu adalah satu perubahan besar dalam hidup saya,” katanya.

Pada hari lahir yang ke-13, Rodger berkata, ibunya telah membawa dia dan adiknya Georgia pergi bercuti di Malaysia, kali pertama tanpa bapanya.

Sebaik sahaja tiba di Penang, dia berkata berjumpa dengan beberapa sanak saudara termasuk neneknya yang dipanggil “Ah Mah”.

Kami bertemu nenek Ah Mah, adik perempuan ibu saya dan suaminya Jack serta sepupu, Emma. Mereka juga dari England melawat Malaysia,” katanya.

Sepanjang percutian ini, kami melawat sekitar Pulau Pinang- George Town, pergi ke ‘water park’ dan turut menikmati makanan eksotik di restoran,” tambahnya.

Rodger berkata, percutian tersebut sangat bermakna dan dia langsung tidak merindui rumahnya di United State.

Tempoh tiga minggu pantas berlalu, dan saya menangis apabila ia berakhir. Ia satu gambaran yang baik,” jelasnya.

Pada hari kejadian, terdapat laporan mengenai Rodger yang mengatakan dia telah menikam tiga orang di sebuah apartmen miliknya sebelum melakukan tembakan.

Ketika itu, dia memandu sebuah kereta BMW bewrna hitam dan melepaskan tempakan di kawasan persisiran pantai yang terdapat ramai pelajar kolej tinggal di situ.

Tujuh orang meninggal dunia termasuk Rodger yang ditemui mati kesan tembakan di kepala dalam kereta miliknya itu.

Rodger dilaporkan mempunyai masalah Sindrom Asperger yang bermaksud austisma yang disifatkan melalui kesukaran dalam interaksi sosial sejak di awal usianya.

Dia juga telah dihantar berjumpa pakar terapi namun berhenti pada usia lapan tahun.

Selain itu, dalam video yang dipos Rodger, dia meluahkan perasaan kecewa kerana pada usia 22 tahun masih teruna memandang tidak ada mana-mana wanita yang tertarik dengannya.


Untuk mengetahui kisah lanjut siapa sebenar mamat ni layari: 


Rupa-rupanya spesis Panda tang pemakan Cadbury London rupanya...gersang agaknya tidak dilayan oleh wanita. Kalau jumpa Brader Anwar bin Ibrahim (B.A.B.I) tentu tak jadi begini...

Rodger: Anak orang kaya yang dahagakan kasih sayang, suka berfoya-foya dan sering berfantasi ...ciri-ciri yang menepati kebanyakkan golongan freethinkers...semua nak free!




Posted on 5:41 PM | Categories:

Sunday, May 25, 2014

Thursday, May 22, 2014

KENAPA CHINA PILIH MALAYSIA BERI PANDA


Dalam konteks hubungan diplomatik, kalau Thailand tawarkan kita Gajah pun susah kita nak cakap tidak, apa lagi jika tawaran ini datang daripada sebuah negara yang besar seperti China; yang boleh memberi kelebihan kepada Malaysia dari segi keselamatan dan perdagangan berbilion ringgit. Apa yang pembangkang mahu? Agar Malaysia ada masalah dengan negara-negara kuasa besar dunia. Kedatangan Obama ke Malaysia dan Diplomasi Panda China merupakan perkara besar dalam hubungan diplomatik Malaysia dengan kuasa besar dunia. Jika hubungan Malaysia tidak baik dengan negara-negara ini, pembangkang boleh menggunakan kesempatan ini untuk melangsungkan agenda mereka - misalnya menggunakan Al-Gore untuk menyokong reformasi jalanan 98 atau menggunakan ahli Parlimen gay Australia untuk menghentam Malaysia dalam pelbagai isu terutama yang berkaitan Anwar Ibrahim...


Signifikan hubungan diplomatik Malaysia - China

Ramai yang mempertikaikan apakah signifikan Malaysia menerima dua ekor panda gergasi (Fu Wa & Feng Yi) dan perlu menanggung kos yang tinggi. Umum sedia maklum bahawa ianya adalah sebahagian daripada meraikan Program Perjanjian Kerjasama Konsensus Panda Gergasi antara Malaysia - China pada tahun 2012 dan usaha menyokong langkah konservasi haiwan sedunia, ianya juga melambangkan keakraban dan penghargaan dua negara menjalinkan hubungan diplomatik selama 40 tahun dan kerjasama erat dalam pelbagai perkara.

Hubungan Malaysia - China bermula apabila China mengutus rombongan pertama ke Malaysia pada bulan Ogos 1971 dan telah mengubah pendirian lamanya dan mengiktiraf kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat. Dalam perhimpunan agung PBB Oktober 1971, Malaysia menyokong pemulihan kerusi Republik Rakyat China di PBB. Pada 28 Mei - 2 Jun 1974 adalah tarikh signifikan Malaysia - China apabila, Zhou Enlai (Perdana Menteri China) dan Tun Abdul Razak (Perdana Malaysia) menandatangani Pengumuman Bersama Penjalinan Hubungan Diplomatik China-Malaysia pada 31 Mei 1974. Sejak 1985 terdapat 10 perjanjian persefahaman (MOU) dalam bidang ekonomi, pendidikan, teknologi sains dan sukan. Malaysia adalah antara 10 pelabur terbesar di China manakala China kini rakan perdagangan terbesar Malaysia dan pasaran eksport terbesar mencatatkan perkongsian eksport sebanyak 14.3% berbanding Amerika iaitu 8% dan Eropah 9% . Perdagangan dua hala antara Malaysia dan China mencecah RM 121 Billion pada 2014 (di antaranya nilai eksport Malaysia ke China lebih besar daripada nilai eksport China ke Malaysia).

Oleh demikian, dua panda gergasi adalah simbolik dan nilai persahabatan yang tidak ternilai diantara dua negara. Panda tersebut hanyalah dipinjamkan selama 10 tahun, sekiranya berlaku apa-apa perkara yang buruk atau menyebabkan kematian sudah tentu ianya juga memberi gambaran yang tidak baik kepada Negara. Maka kos yang ditanggung adalah usaha untuk menunjukkan keseriusan Negara dalam menghargai perhubungan yang dijalinkan. Kalau dulu, China menghantar Puteri Hang Li Po sebagai tanda diplomatik tetapi tidak dipinjamkan, malah berkahwin dengan Sultan Mansur Syah.Namun itu dahulu, kini zaman moden, mungkin kaedah simbol diplomatik juga berbeza. 

Semoga perkongsian ini membuka pemahaman dan peneriman rakan-rakan yang lain.

-Hafiz Ariffin  (Ikon Varsiti Kesukarelawan B.Harian 2014)

Antara info tentang panda di seluruh dunia

1. Hanya terdapat 17 zoo di 12 buah negara yang ada panda ni.

2. Panda di National Zoo Washington DC di sewa RM 3.3 juta setahun iaitu RM 33 juta utk 10 tahun. Tetapi untung bersih dari penjualan barangan cenderahati panda SAHAJA adalah RM 3.85 juta setahun.

3. Panda di Zoo Toronto menyumbangkan kepada 10% peningkatan keahlian Zoo dan pertambahan 300 ribu pengunjung setahun. Ini memberi pulangan RM 10 juta setahun.. (^_^)

4. Zoo Edinburgh merekodkan jualan tiket melebihi 50% dari biasa sejak kedatangan panda. Jumlah pendapatan adalah triple dari 27 juta kepada RM 81 juta setahun. 

5. Zoo Edinburgh juga mencatatkan peningkatan pelawat zoo apabila Panda mula mendiami zoo mereka daripada 536,000 pada tahun 2011 kepada 800,000 pada hujung tahun 2012. 

6. Zoo Atlanta kena melobi kerajaan China selama 12 Tahun untuk dapatkan panda Zoo San Diego kena belanja RM 16 juta bagi kempen dapatkan panada. (^_^)

7. Terdapat 17 Zoo di 12 buah negara di dunia ini yang menyimpan panda dengan kos yang memakan puluhan juta untuk menguruskan mereka, tetapi mereka tetap menyimpan kerana pulangan yang dibawa oleh seekor haiwan paling comel di dunia iaitu PANDA sangat menguntungkan.

Malaysia? Tak perlu melobi.. Tak perlu berkempen. China tawarkan atas menghargai 40 tahun persahabatan Malaysia dan China
Posted on 3:00 PM | Categories:

Sunday, May 18, 2014

MAT SABU DAN DYANA SETUJU TOLAK HUDUD DI TELOK INTAN

Calon DAP Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud berikrakuntuk menentang mana-mana rang undang-undang yang dikemukakan di Parlimen untuk membolehkan hudud dilaksanakan.

Katanya, beliau akan berpegang pada ikrar tersebut sekiranya terpilih mewakili Teluk Intan.

Peguam muda itu bagaimanapun menjelaskan bahawa beliau tidak menentang hudud, namun, pelaksanaannya di Malaysia tidak boleh dijalankan selagi isu sosio-ekonomi tidak diatasi.

"Pendirian saya mengenai hudud adalah sama dengan pendirian parti," katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Beliau juga berkata penentangan ke atas pelaksanaan hudud dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia tidak akan membuatkan beliau "kurang Islam".

Dyana akan menjadi salah satu daripada segelintir calon Islam yang bertanding atas tiket DAP sekiranya pencalonannya diterima esok.

Namun, beliau percaya bahawa hudud bukanlah satu isu yang akan menjadi tumpuan utama pilihan raya kecil kali ini.

DAP sebelum ini sering menjadi sasaran kritikan dan dituduh anti-Islam kerana berpegang pada pendirian bahawa hudud tidak boleh dilaksana di Malaysia.

Pendirian yang bertentangan dengan PAS itu juga menjadi duri dalam daging dalam kerjasama antara parti Pakatan Rakyat.
Posted on 8:16 PM | Categories:

PRK TELUK INTAN PAS BOIKOT DYANA KERANA TOLAK HUDUD

HANYA MAT SABU SORANG PEMMPIN PAS TUNJUK MUKA BODOH 
CALON DAP bagi PRK Teluk Intan, Dyana Sofia sendiri menegaskan tidak akan akan menyokong pelaksanaan hukum hudud di Dewan Rakyat sekiranya menang Pilihan Raya Kecil ( PRK ) Parlimen Teluk Intan.

AHLI PAS BOKOT HARI PENAMAAN CALON KOSONG
BOIKOT HADI TIDAK DATANG HARI PENAMAAN CALON
BOIKOT TAK DATANG




Posted on 7:11 PM | Categories:

Sunday, May 11, 2014

SEKOLAH CINA BERDEMO BANTAH KEMASUKAN GURU MELAYU


Menjelang PRK Bukit Gelugor dan PRK Teluk Intan yang ditandingi oleh calon-calon dari DAP, kesempatan tersebut telah digunakan oleh Lembaga Pengelola Sekolah SMJK Pulau Sebang, Melaka untuk membuat satu demonstrasi menentang Kementerian Pelajaran dan guru-guru Melayu.

Demonstrasi tersebut telah dibuat dari jam 6:00 pagi tadi sehingga jam 7:00 pagi di hadapan SMJK Pulau sebang berhubung isu Guru Penolong Kanan (GPK) 1 yang bukan dari aliran Cina ditugaskan di sekolah berkenaan. Bantahan dianjurkan oleh Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) SMJK yang diketuai oleh LEE KHEE YOON, Pengerusi LPS SMJK Pulau Sebang.

LEE KHEE YOON merupakan salah seorang pemimpin DAP tempatan.


Bantahan tersebut telah dihadiri seramai lebih kurang 30 orang Cina. Antara yang dikenali termasuklah:

(1) YANG YIN CHONG - Pengerusi Dong Zhong Negeri Melaka
(2) LIM MENG KING - Setiausaha Dong Zhong Negeri Melaka
(3) LEE YON HUA - Presiden Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Malaysia.
(4) KHOO PAOY TIONG - ADUN Ayer Keroh
(5) GINIE LIM SIEW LIN - Naib Ketua PKR Cabang Alor Gajah
(6) VEERAPAN A/L SUPARMANIAM - ADUN Repah

Dalam tunjuk perasaan itu, kumpulan terbabit telah menaikkan dua sepanduk besar berukuran 2x6 kaki yang mengandungi tulisan dwi-bahasa iaitu Cina dan Melayu. Antara isi kandungan kain rentang tersebut adalah:

(a) KAMI MEMBANTAH GUU YANG TIDAK BERKELAYAKAN BAHASA CINA SEBAGAI GURU PENOLONG KANAN 1 SMJK PULAU SEBANG.

(b) TETAP MEMBANTAH JABATAN PELAJARAN NEGERI MEAKA MENGHANTAR SEORANG GURU PENOLONG KANAN 1 YANG TIDAK MEMPUNYAI ALIRAN CINA KE SMJK PULAU SEBANG.

Pengerusi Dong Zhong Negeri Melaka, Yan Yin Chong dalam ucapannya berkata, apa yang mereka lakukan adalah mempertahankan hak sekolah tersebut dan hanya menuntut agar guru yang beraliran Cina sahaja dibenarkan bertugas di sekolah berkenaan. Dia juga mendakwa, SMJK Pulau Sebang merupakan sekolah Cina TETAPI TELAH DIJAJAH oleh Melayu memandangkan 60% daripada guru-guru di sekolah tersebut adalah guru-guru Melayu.


Menurutnya lagi, disebabkan lebih ramai guru Melayu di sekolah itu, maka seluruh warisan, pendidikan dan kebudayaan serta kesenian orang Cina telah terhakis secara perlahan-lahan. Bukan itu sahaja, Kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran mempunyai niat jahat untuk menghapuskan Cina dan seluruh sistem pendidikan Cina apabila secara beransur-ansur menjadikan sekolah-sekolah Cina sebagai sekolah campuran.

Pendapat Pengerusi Dong Zhong Melaka itu dipersetujui oleh Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah SMJK Pulau Sebang, Lee Khee Yoon yang berkata, LPS SMJK Pulau Sebang berpendirian, Jabatan Pelajaran Negeri Melaka seharusnya akur dengan tuntutan mereka agar dihantar seorang Guru Penolong Kanan 1 yang beraliran Cina.

Manakala Lee Yoon Hua pula berkata, sekolah-sekolah Cina perlu dipertahankan kerana wujud perjanjian semenjak tahun 1961 manakala demonstrasi yang dilakukan pagi tadi, tidak mempunyai sebarang maksud politik mahupun bertujuan perkauman walaupun yang dinyatakan adalah hak-hak Cina dan tentangan terhadap guru-guru Melayu. Malah dia turut menggesa agar orang Melayu turut bangun menentang dan mempertahankan hak-hak sekolah Cina.



Sependapat dengan Pengerusi Dong Zhong Melaka, Pengerusi Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Malaysia itu juga kecewa kerana Kementerian Pelajaran telah beransur-ansur menjadikan SJKC sebagai sekolah campuran.

Hari ini, jam 7:40 pagi tadi, Pengetua Sekolah SMJK Pulau Sebang, TEE KIM THIENG telah mengadakan pertemuan dengan semua guru-guru sekolah. Dalam pertemuan tersebut, Pengetua yang bimbang peruntukan daripada Kementerian Pelajaran disekat, telah memaklumkan bahawa sekolah tidak akan turut serta atau terlibat dengan bantahan Lembaga Pengelola Sekolah di luar pintu pagar sekolah. Sebaliknya, menurut pengetua itu lagi, sebagai penjawat awam, mereka seharusnya mengikut segala perancangan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Pertemuan itu turut dihadiri oleh Cikgu Md. Nor bin Md. Yusof yang dibantah oleh Lembaga Pengelola Sekolah.

Cikgu Md. Nor bin Md. Yusof telah dihantar ke SMJK Pulau Sebang sebagai Penolong Kanan 1 untuk menggantikan Cikgu Hj. Radzuan bin Kamaruddin yang sudah bersara pada 28 Februari 2014 lalu. Sama seperti Cikgu Radzuan, Cikgu Md. Nor juga tidak fasih berbahasa Cina. Cikgu Md. Nor telah melapor diri untuk memulakan tugas di SMJK Pulau Sebang pada 2 Mei 2014 lalu.

SMJK Pulau Sebang merupakan SEKOLAH BANTUAN MODAL KERAJAAN yang mempunyai 69 orang guru. Terdapat seramai 40 orang guru Melayu, 19 orang Cina dan 9 orang India bertugas di sekolah berkenaan. Pelajar-pelajarnya pula adalah seramai 993 orang dengan pecahannya 72 orang Melayu, 743 orang Cina dan 178 orang India.

http://buletinsengal.blogspot.com/2014/05/ahli-lembaga-pengelola-sekolah-cina.html
Posted on 10:02 PM | Categories:

Saturday, May 10, 2014

RAMKARPAL RUPANYA PEMILIK SYARIKAT AH LONG HISAP DARAH ORANG MISKIN, HIKPORIT DAP!


Calon DAP di Bukit Geluqor adalah Ah Long yang memeras ugut wang peminjam sedahsyat-dahsyatnya.Ram Karpal Sigh adalah Owner TRS Resource Sdn Bhd syarikat peminjam wang. Bahasa mudah Ah Long lah...

Bayangkanlah anda terhimpit terpaksa meminjam wang RM1,000 dan anda terpaksa membayar semula pinjaman tersebut sehingga 20 kali ganda menjadi RM20,000 jika anda lewat membayarnya. Jika tidak membayarnya, anda akan disiksa, dimalukan, dikurung, diugut malah dibunuh macam dalam media dan TV tu lah.

Sikap hipokrit DAP dan pemimpinnya seperti Ramkarpal memang hikpokrit memeras darah dan keringat orang susah. Orang Bukit Gelugor mesti sedar. Semalam dia bela pembunuh Tan Ching Chin, sekarang dia peras duit orang susah.

Dalam kes Teoh Beng Hock semua mereka Karpal, anak-anak Karpal, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng semua tiada prinsip. Mereka tidak beza dengan pelacur politik kelas ketiga. Mereka pura-pura tunjuk bela Teoh Beng Hock untuk tunjuk perimanusia konon walhal mereka menindas memeras orang-orang miskin lagi ramai. 

Mereka tahu Teoh Beng Hock bunuh diri tapi mereka sengaja bela supaya kes itu berpanjangan supaya orang simpati dan bangga kepada mereka, walhal tujuan mereka nak undi Cina saja. Orang Cina kena sedarlah jangan asyik ditipu.

Kasihan keluarga Tan Ching Chin anaknya dibunuh tidak dibela DAP, sebaliknya si pembunuh yang dibela.! Hikporit!
Posted on 12:00 AM | Categories:

Friday, May 9, 2014

CALON DAP RAMKARPAL JADI PEMBELA PEMBUNUH TAN CHING CHIN





Cheong Teik Keon seorang jurutera dituduh membunuh teman wanita berusia 24 tahun pada Hari Valentine pada tahun lepas telah memilih untuk mengekalkan Ramkarpal Singh sebagai peguamnya.

Cheong telah didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Tan Ching Chin, seorang kerani , di rumah beliau di no. 2703, Taman Hwa Seng, Jalan Rozhan pada 14 Feb tahun lepas.

Kesalahan itu membawa hukuman mati mandatori. Ramkarpal peguam kepada tertuduh pembunuh ini? Apakah perasaan ibu bapadan keluarga Tan Ching Chin?

Nampaknya, Ramkarpal seperti bapanya hanya menjadi peguam kepada kes-kes jenayah seperti bunuh sama seperti bapanya hanya membela orang-orang yang ada wang banyak saja seperti kes sodomi dan rasuah Anwar Ibrahim. Siapa boleh teka berapa Anwar kena bayar perkhidmatan Karpal Singh?Walaupun Karpal sudah mati, tetapi catatan bil-bil guaman tidak pernah mati!

Maknanya, jika kamu ahli DAP biasa, orang miskin, tidak mampu membayar yuran guaman, tidak mampu menyediakan upahan peguam yang ratus ribu ringgit dan berjuta ringgit, tidak usah mimpilah mendapat khidmatnya.

Adakah Ramkarpal akan membela nasib peniaga-peniaga yang diroboh gerai mereka? Jawapannya, No Money NoTalk!

Kesimpulannya, Ramkarpal atau Karpal bukanlah hero kerana khidmat mereka dibayar dengan yuran guaman yang sangat tinggi. Mereka bukanlah pejuang hak asasi rakyat melainkan pejuang berbayar yang anda kena membayarnya. Selama inipun mereka hanya menerima kes-kes jenayah yang bernilai tinggi. Wang first, You Second.

Pengundi Bukit Gelugor tidak patut memilih peguam kepada si tertuduh pembunuh wakil mereka dalam parlimen.
Posted on 8:00 AM | Categories: