Wednesday, October 29, 2014

NC UNIVERSITI MALAYA OTAK KERBAU SIRI 2, TAMBAHAN EMEL

Tambahan : 

Kami memang tahu yang UM ni banyak lecture yang pro pembangkang. Namun atas dasar proffesionalisme, kami tidak melakukan sebarang laporan kepada pihak kementerian selain menghormati, mendukung prinsip hak kebebasan dan kuasa autonomi universiti dalam melantik dan memilih tenaga pengajar dan pentadbir. Namun membiarkan agen-agen perosak yang ada ini terus mekar di dalam kampus, akan memberikan impak yang negatif kepada universiti amnya dan pelajar khasnya.


Kami berharap pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam mengurus tadbir pentadbiran Universiti terutama sekali di Kementerian dapat mengambil tindakan yang wajar agar virus-virus ini tidak terus meracuni jiwa anak muda.

Yang benar;

Mahasiswa Fakulti Sastera dan Sains Sosial.
International & Strategic Studies.
University of Malaya
-------------------------------------------------------------------------------
Ulasan NC OTAK UDANG SILA JAWAB:

1. Kenapa kamu mendiamkan diri, membiarkan anak-anak buah kamu membantu pendemo-pendemo merosakkan UM? Kamu jangan baling batu sembunyi tangan!

2. Ranking Universiti Malaya semakin tahun semakin statik dan memalukan! Kamu tahu kenapa? Kerana kamu sendiri tidak pandai mengurus betapa terhamburnya buku-buku di Pekan Buku? Karena kamu tidak tahu membersihkan tandas di Blok C, Fakulti Perubatan? dan Karena kamu membiarkan pejabat UMCedel tertutup 24 jam berbulan-bulan tiada penghuni? Membazir!!!

3. Sekarang baru tahu kenapa UM sekarang menjunam, kerana di UM kamu amalkan "you are received education, but never educated"!

4. PMUM yang melanggar peraturan Universiti, merosakkan pagar UM, menyusahkan pelajar-pelajar asing yang hendak membuat assignment malam itu, apa kamu lepas tangan begitu sahaja wahai NC Bahlul?

5. Kita akan dedahkan satu persatu tabiat NC dan TNC-TNC, mereka ingat semua pelajar UM sokong dia? NC ingat semua staf dalam pejabat NC dan TNC itu pro mereka! Bullshit kamu silap karena itu kamu dipanggil NC Otak Karabau!
Posted on 5:52 PM | Categories:

Tuesday, October 28, 2014

NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYA 'OTAK UDANG' SEMBUNYIKAN KEGIATAN ROSAKKAN NEGARA

DIA DIAMKAN, DIA TIADAKAN TINDAKAN, DIA RELAKAN, PATUTLAH UNIVERSITI MALAYA MAKIN BONGOK & TERCOROT DALAM DUNIA, "KARENA PUNYA NC OTAK UDANG" KATA INDONESIA
Naib Canselor Universiti Malaya semakin hari semakin menunjukkan kelemahan dan kebodohan tahap tinggi mereka. Patutlah Universiti Malaya sangat-sangat sukar menjadi 100 Universiti Terbaik Dunia. Pada zaman Tunku Aziz dulu, UM menjadi antara 50 Universiti Terbaik di dunia.

Rupa-rupanya ada banyak petualang dan muka-muka perosak yang merosakkan minda pelajar UM. Baca seterusnya,

Assalamualaikum,

Berikut adalah petualang sebenar dalam insiden di UM baru-baru ini. Secara ringkasnya ada beberapa nama, pertama pegawai khas NC, Mohd Naufal Omar, seorang pro-pembangkang, yang memberi nasihat supaya pihak keselamatan UM melakukan tindakan tutup pagar dan tutup lampu. Ini semua dilakukan bagi menggambarkan kepada pihak luar, bahawa UM mendapat tekanan dari pihak kementerian. Sebab pada akhirnya, mereka buka lampu.

Kedua, TNC Akademik dan Antarabangsa, Prof Hamdi, pro pembangkang dan Anwar sympathiser, bekas Hizbi UK. Beliau yang memberi laluan kepada pelajar untuk menentang pentadbir UM, khususnya TNC HEPA. Sebab itu kita dapat lihat banyak banner anti HEP digantung sekeliling kampus terutama bila nak dekat Pilihanraya Kampus.

Dan yang paling nyata Pegawai khas Prof Hamdi, Mahadi Sibon, yang merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan, yang banyak memberi nasihat agar terjadi backfire kepada pentadbiran UM sekaligus kerajaan akan dipersalahkan. Tanpa mereka ini, mana mungkin mahasiswa pro pembangkang bertindak kurang ajar dan melampaui batas.

Yang benar;

Mahasiswa Fakulti Sastera dan Sains Sosial.
International & Strategic Studies.
University of Malaya

HANYA NC OTAK UDANG SAHAJA AKAN DIAMKAN PERKARA YANG MEROSAKKAN DALAM UNIVERSITI!!!
Posted on 5:25 PM | Categories:

Friday, October 24, 2014

SEKOLAH VERNAKULAR DAN SIFAT KIASU PUNCA TAK BOLEH CAKAP MELAYU, TAK HORMAT MELAYU?


Inilah sebabnya kita lihat segelintir anak-anak muda kaum-kaum bukan Melayu bukan saja tak pandai berbahasa Melayu tetapi buta adat dan adab Melayu.

Mereka hidup membesar bagai kera sumbang dalam kelompok masing-masing, tak mahu belajar sejarah negara sendiri tetapi lebih bangga dengan sejarah kaum sendiri di negara asal tok nenek mereka.

Bila disebut mereka sebagai keturunan imigran mereka akan marah dan kata orang Melayu pun pendatang...hahaha tak faham makna bahasa Melayu lepas tu salahkan Melayu. 

Macam juga kebanyakkan orientalis dan pluralis yang tak faham bahasa Arab, tafsir bahasa dan ayat ikut suka hati kemudian kata orang Islam menganut ajaran Muhammadis yang sesat dan mengelirukan.

Bila tak tahu berbahasa Melayu, mereka kurang berminat nak tahu hati budi, perasaan dan sensitiviti orang-orang Melayu. 

Bahasa Melayu adalah bahasa perpaduan tapi ada juga chauvinist rasis yang tak suka bahasa Melayu kerana tak suka perpaduan kerana anggap mereka lebih kiasu banyak bayar cukai dan menguasai ekonomi Malaysia. 

Bila orang Melayu membahasakan diri 'saya' sebagai 'hamba' kepada Raja atau Sultan mereka yang tak faham mula bergeletik kata mereka bukan hamba abdi. Bukankah itu bengap tak tau bahasa namanya?   

Apa nak heran jika mereka tak tahu berbahasa Melayu ini boleh lulus kertas ujian peperiksaan Bahasa Melayu SPM kerana hakikatnya hanya menghafal formula untuk lulus bukannya menghayati. 

Mereka hanya takut kalau tak lulus kertas wajib SPM kemungkinan masa depan mereka gelap, susah dapat kerja dan memalukan.

Mungkin ini masanya kerajaan Malaysia melihat kembali keperluan untuk memperluaskan penggunaan Bahasa Kebangsaan. Dalam masa yang sama tak salah kita kuasai bahasa-bahasa lain juga.

Namun yang paling utama kerajaan patut memperbanyakkan dan mengutamakan pmbinaan Sekolah Kebangsaan di semua daerah . Utamakan pemberian bajet pada sekolah-sekolah yang mendaulatkan bahasa kebangsaan berbanding sekolah-sekolah aliran lain.

Kerajaan ternyata sudah lakukannya dalam pembentangan Bajet 2015 lalu. Ternyata perjuangan para pejuang bahasa dari semua pihak ada hasilnya. Terima kasih dan tahniah !!!


Kepada tuan-tuan di atas sana yang diberi undi dan mandat pemerintahan, utamakan suara kaum dan pihak majoriti yang telah memberikan kuasa pemerintahan kepada anda semua. 

Kami di bawah ini akan terus sokong tuan-tuan di segenap penjuru demi mendaulatkan bahasa kebangsaan. Insya Allah.
Posted on 8:50 PM | Categories:

Monday, October 20, 2014

DR TAN KEE WONG, RAFIZI,TERESA KOK, NURUL IZAH REMBAT WANG SKIM USIA EMAS SELANGOR

LAYAKKAH WAKIL RAKYAT MENCURI DANA WARGA EMAS? SPRM DIMINTA SIASAT
Kemusykilan berkaitan dana
Skim Mesra Usia Emas – Fasa II yang salurkan kepada ahli-ahli parlimen Wilayah Persekutuan

1) Tujuan saya membuat laporan ini adalah supaya pihak polis menyiasat beberapa persoalan yang timbul berkaitan dana tersebut yang disalurkan kepada ahli-ahli parlimen tertentu di daerah-daerah Hulu Langat, Gombak dan Petaling

i) Bolehkan dana negeri Selangor di salurkan kepada ahli-ahli parlimen di Wilayah Persekutuan?Disertakan bersama Surat dari Perbendaharaan Negeri Selangor bertarikh 13 Disember 2013 kepada pengurus cawangan Ambank En Teoh Chook Keat yang memohon membuka akaun bagi skim Mesra Usia Emas (SMUE) di atas nama ahli-ahli parlimen Wilayah Persekutuan iaitu MP Cheras Tan Kok Wai, MP kepong Tan Seng Giaw, MP Batu Tian Chua, MP Wangsa Maju Dr Tan Kee Kwong, MP Bandar Tun Razak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, MP Seputeh Teresa Kok, dan MP Segambut Lim Lip Eng.


Kemusykilan timbul apabila dana yang dituju kepada MP Pandan Rafizi Ramli di minta disalurkan kepada akaun yang dibuka di atas nama Muhammad Firdaus Bin Hashim.


Atas kapasiti apa dana di salur kepada seseorang yang bukan seorang wakil rakyat? Dan mengapakah akaun proxy dibuka bagi pihak YB Rafizi?

ii) Di minta pihak berkuasa siasat aliran wang dari akaun-akaun Ambank berikut yang dibuka khas untuk menyalurkan dana Skim Mesra Usia Emas :


a) Nombor akaun 8881000095855 (MP Seputeh Teresa Kok)
b) Nombor akaun 8881000012992 (MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar)
c) Nombor akaun 8881000252390 (MP Kepong Tan Seng Giaw @ Tan Chun Tin)
d) Nombor Akaun 8881000253337 (MP Wangsa Maju Dr Tan Kee Kwong

iii)Tujuan saya memohon aliran dana ini disiasat adalah kerana difahamkan akaun dana Skim Mesra Warga Emas yang dipegang Dr Tan Kee Kwong kemungkinan besar telah disalahgunakan.Persoalan ini timbul berikutan surat Firma Guaman Bon Advocates yang dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bertarikh 14 Ogos 2014 yang mempertikaikan tindakan Dr Tan Kee Kwong, yang juga merupakan pengerusi lembaga disiplin PKR, memecat Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai ahli PKR dan sebagai ahli Majlis Pimpinan Pusat secara tidak sah.


Menurut Firma Guaman Bon Advocates Dr Tan Kee Kwong yang menerajui Lembaga Disiplin PKR telah melanggar perlembagaan PKR kerana Tan Sri Khalid dibuang dari PKR tanpa mengikut peraturan parti.


Ini menimbulkan persoalan kenapakah Dr Tan Kee Wong tergesa-gesa memecat Tan Sri Khalid Ibrahim daripada parti PKR. Adakah kerana ingin menutup sebarang salahlaku melibatkan dana Skim Mesra Usia Emas seperti yang dicadangkan oleh Firma Guaman Bon Advocates?

iv) Difahamkan juga terdapat keraguan di dalam jumlah keluaran wang dari Akaun Ambank bernombor 8881000253337  yang dibuka khas untuk dana Skim Mesra Usia Emas (yang di pegang oleh MP Wangsa Maju Dr Tan Kee Kwong) kerana jumlah yang dikeluarkan tidak bersamaan dengan peruntukan RM2,500 yang ditetapkan di bawah skim tersebut untuk diberikan sbg khairat kematian warga emas.


(Disertakan bersama Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bil 4 tahun 2013 yang jelas menyatakan apabila ahli meninggal dunia, penama yang berdaftar boleh menuntut sumbangan khairat kematian atau manfaat sebanyak RM2,500).

Difahamkan jumlah yang tidak bersamaan dengan RM2500 di keluarkan daripada akaun tersebut pada masa-masa tertentu dari mesin-mesin ATM dari pelbagai lokasi termasuk Klang, Penang, Sentul, Setapak, Wangsa Maju, Kajang, dan Kota Kinabalu.


Demi kepentingan rakyat, tolong siasat sama ada penerima-penerima bantuan ini berada di lokasi-lokasi berlainan selaras dengan lokasi mesin-mesin ATM dimana wang dikeluarkan, atau adakah wang tersebut digunakan untuk kegunaan yang berlainan daripada tujuan asal.
Posted on 5:11 PM | Categories:

Friday, October 17, 2014

SIRI 1: ANWAR DIDESAK KEMBALIKAN WANG RAKYAT, SAHAM BAPA 6 JUTA


Majalah Antarabangsa ASIAWEEK telah mendedahkan Anwar Ibrahim telah dengan nyata memberikan bapanya sendiri beberapa saham antaranya (http://www-cgi.cnn.com/ASIANOW/asiaweek/98/0703/sr_5_alloc1.html).


Jumlah saham yang diterima oleh bapanya  ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan

Pendedahan ini menunjukkan bapa Anwar Ibrahim mendapat saham IOI sebanyak 2 juta unit pada tahun 1993. Tahun berapakah Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan? Tahun 1991.

Mudahnya Anwar menuduh orang lain KRONI dan SALAH GUNA KUASA tetapi apabila dia menjadi Menteri Kewangan, bapanya dianugerahkan  saham lebih 6 juta unit ketika Kerajaan rancak melaksanakan dasar penswastaan dan pensyarikatan Malaysia. Dalam pada itu, Datuk Ibrahim telah dilantik menjadi Pengerusi IOI.
Posted on 8:58 AM | Categories:

Wednesday, October 8, 2014

MILO NESTLE TERLIBAT DENGAN AGENDA DAP...BIAR BETIK?


Nampaknya kita dah boleh BOIKOT MILO pula lepas nih...

DAP barangkali kalau ditanya akan memberi jawapan, mereka tidak merasuah pengundi dan hadirin yang datang mendengar ceramah mereka di Paya Terubong. Sebaliknya akan menyatakan bahawa ia adalah salah satu bentuk bantuan kepada rakyat yang disediakan oleh DAP dengan penuh baik hati.

Mengata orang memang sedap. Tetapi bila terkena ke batang hidung sendiri, bukan sahaja dibela, bahkan dikatakan orang lain sibuk menjaga tepi kain mereka. Lebih malang lagi ialah apabila dikatakan pula, pihak yang melakukan pendedahan sebagai RASIS dan chauvinist serta berdengki hati kerana DAP mampu memberikan bantuan kepada rakyat.

Sedangkan hakikatnya, bukan rahsia lagi bagaimana DAP menggunakan orang-orang mereka yang menguasai pasaran menerusi peranan orang tengah, pemborong dan peruncit untuk segera menaikkan harga bagi memberikan gambaran betapa buruknya Kerajaan Malaysia yang telah menaikkan harga demi memenuhkan kantung selepas kerajaan boros berbelanja.

Hakikatnya naik turun harga barangan seharian ditentukan oleh pemborong, orang tengah dan peruncit yang sebahagian besar daripada mereka bernaung di bawah persatuan-persatuan yang memberikan taat setia bahkan menjadi sumber kewangan kepada DAP.

Mereka menjadi senjata utama DAP. Dan ini kita boleh perhatikan bagaimana DAP menggunakan senjata utama mereka untuk meraih sokongan daripada rakyat Malaysia.

TIN MILO BESAR UNTUK MENGEMIS SOKONGAN!!!

Kita tunggu apa penjelasan Nestle yang mengeluarkan produk Milo nih walaupun Nestle sebenarnya tidak terlibat dalam perbuatan ini sebaliknya ada pihak lain yang menyarung pelekat baru pada tin tersebut untuk menunjukkan apa yang tidak sepatutnya ditunjukkan.


Hahaha lepas ni tin milo yang kosong boleh diberi pada PAS pulak untuk isi duit kutipan para pengangguk dan pencacai lepas ceramah.

Mungkinkah langit akan runtuh akibat lolongan puak-puak DAP sekiranya tin-tin milo tersebut terpampang wajah-wajah Perdana Menteri Malaysia atau setidak-tidaknya bendera Malaysia atau logo Hari Kebangsaan Malaysia ke 57.

Kutuk-kutuk Kerajaan BN lepas tu DAP bagi tin milo besau punya...fuh meleleh air mata Melayu-Melayu PAS dan PKR meratap syadu kononnya DAP lebih baik seribu kali dari UMNO yang telah berjasa 57 tahun.

Mulut disuap tin milo...tapi punggung tunggu ditendang. Debushhhhh...Baguzzz



 
Posted on 5:28 PM | Categories:

Monday, October 6, 2014

MUNGKINKAH PULAU PISANG AKAN SENASIB PULAU BATUAN PUTEH???


NAMA Pulau Pisang mungkin tidak sepopular Pulau Batu Puteh yang pernah mendapat tumpuan dunia di mana rebutan ke atas pulau itu dibawa sehingga ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) beberapa tahun lalu.

Namun nasib Pulau Pisang dibimbangi serupa dengan Pulau Batu Puteh yang akhirnya diputuskan jatuh ke tangan Singapura pada 23 Mei 2008 lalu.




Di Pulau Pisang ini terdapat sebuah rumah api setinggi 53 meter yang dikendalikan oleh Singapura menerusi perjanjian antara Sultan Johor, Almarhum Sultan Ibrahim dengan Kerajaan British pada tahun 1900.

Pulau Pisang yang berkeluasan 178.4 hektar itu sudah tidak berpenghuni lagi namun terdapat dusun-dusun buah-buahan yang masih dijaga dan dikunjungi sekali-sekala oleh pemiliknya.

Melalui laporan sebuah media tempatan, pulau tersebut disahkan bekas Menteri Besar Johor sebelum ini, Datuk Abdul Ghani Othman bahawa pulau itu milik kerajaan negeri Johor.

Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat, melahirkan tentang kebimbangannya terhadap nasib pulau itu pada masa akan datang.

Malah beliau tidak menolak kemungkinan Pulau Pisang akan turut dituntut Singapura seperti negara republik itu menuntut Pulau Batu Puteh.

"Setakat ini pihak di sana 'in good face' tidak ada apa-apa tuntutan tapi kita tak tahu pada masa akan datang.

"Saya bimbang dengan adanya resit-resit, rekod gaji pekerja, dokumen penyelenggaraan yang semuanya dibayar oleh Singapura, mereka akan jadikan bukti untuk tuntut pulau itu di mahkamah antarabangsa (ICJ) kerana mereka kata mereka yang jaga rumah api itu

"Sama juga berlaku dengan Pulau Batu Puteh. Perkara itu boleh berulang,
" katanya kepada Sinar Harian Online ketika diminta pandangan dari sudut perundangan terhadap segala kemungkinan yang boleh berlaku terhadap Pulau Pisang, Pontian itu.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda Umno Johor itu turut memberi senario mudah yang paling hampir dengan masyarakat umum.

"Apabila rumah kita, setiap tahun orang lain bayarkan bil api, bil air, upah orang datang bersihkan, bayar cukai tanah...lama-lama dari generasi ke generasi, sudah lupa siapa pemilik asal.

"Pihak yang menjaga hanya menunjukkan bukti bahawa selama berpuluh tahun yang menjaga rumah kita itu adalah pekerja yang dibayar oleh dia, jiran tetangga sekeliling pun tengok bukti betul, akhirnya mereka akan tuntut rumah kita itu.

"Jadi, sama juga. Ini yang mungkin akan berlaku kepada pulau itu
," katanya.

Tegasnya, pemerintah wajar mengambil langkah perundangan bagi mengisytiharkan siapa pemilik mutlak pulau tersebut.

"Pemerintah sepatutnya mengambil langkah-langkah perlu di sisi undang-undang untuk memastikan kesahihah hak milik mutlak pulau itu...mendokumentasikan, isytiharkan (atau ada) hitam putih.

"Dan ambil langkah perlu untuk akhirnya menggantikan atau membenarkan hanya rakyat Malaysia saja yang bekerja di sana. Sekiranya rakyat Singapura datang kerja, mereka perlu mempunyai permit kerja yang sah," katanya.

Beliau juga menyarankan agar pihak berkuasa mengkaji semula sistem kawalan keselamatan di kawasan perairan tersebut.

"Sudah sampai masanya pihak berkuasa kita kaji semula sistem kawalan keselamatan dan jika perlu, ambil alih sepenuhnya.

Pusara orang Melayu di Pulau Pisang, Pontian...warisan sejarah Johor

"Biarlah kita yang mengawal sepenuhnya kerana saya bimbang pulau itu akan dituntut oleh generasi-generasi selepas ini.
"Sekarang mungkin kita ada kesefahaman tapi akan datang kita tak tahu mungkin apa yang berlaku kepada Pulau Batu Puteh akan berulang," katanya.

Difahamkan pulau yang mula diteroka sejak 1806 oleh penduduk sekitar Benut itu pernah didiami kira-kira 500 keluarga Melayu.

Namun, pulau itu sudah lama tidak berpenghuni selepas semuanya berhijrah ke kawasan darat sekitar Pontian.

Rujukan: 
http://pahang-ku.blogspot.com/2014/10/bimbang-pulau-pisang-senasib-batu-putih.html#sthash.AVyX5vNg.dpuf
Posted on 9:48 PM | Categories: