Sunday, November 16, 2014

LAGI SALAH GUNA PENGERTIAN JIHAD, SEKSUAL DI SYRIA

Pihak polis tidak ada sebarang maklumat berhubung aktiviti penawaran Jihad Al-Nikah atau jihad seksual oleh wanita Malaysia yang dilaporkan menyertai pasukan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

Namun, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Khas, Bahagian Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan bahawa memang terdapat wanita Malaysia di Syria.

“Wanita ini mengikut suami masing-masing yang terlibat di dalam aktiviti bersenjata.

“Tetapi kami tiada sebarang maklumat berhubung aktiviti Jihad Al-Nikah atau jihad seksual oleh mereka,” katanya kepada Astro AWANI.

Pada Rabu, The Malaysian Insider melaporkan bahawa pihak berkuasa mengesahkan tiga wanita Malaysia pergi ke Timur Tengah untuk menyertai pasukan Isis dan menawarkan jihad seksual.

“Wanita ini dipercayai menawarkan diri mereka untuk melakukan hubungan intim kepada pejuang Isis yang cuba memperkenalkan peraturan Islam di Timur Tengah.

“Konsep ini mungkin kelihatan kontroversi tetapi ia semakin berkembang apabila sesetengah wanita Islam di sini bersimpati dengan kepayahan Isis,” kata seorang pegawai risikan kepada The Malaysian Insider.

Pegawai itu berkata selain wanita Malaysia, wanita Islam lain juga terlibat di dalam aktivti itu.

Pada 20 Ogos, seorang rakyat Malaysia yang berjuang di Syria dilaporkan terkorban akibat dibedil oleh kereta kebal tentera Bashar al-Assad sementara dua lagi dikatakan cedera dalam kejadian terbaharu di wilayah Hama di negara itu.

Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Mat Soh atau nama panggilannya Abu Turab, manakala rakannya yang tercedera ialah Mohd Rafi Udin, 48, dan Zainuri Kamarudin, 47.

Berita kematian Mat Soh dinyatakan di dalam Facebook milik seorang individu dikenali sebagai Ustaz Lotfi dari Baling, Kedah yang turut berjuang di Syria bersama pasukan pemberontak di sana sejak awal tahun ini.

Ekoran itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, kementeriannya juga pada masa ini sedang mengenal pasti dakwaan tersebut dengan pihak-pihak berkuasa yang berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, turut mengutuk keras tindakan militan negara Islam di Syria dan Iraq dan meluahkan rasa  sedih dengan jenayah yang dilakukan atas nama Islam.


Posted on 8:08 AM | Categories:

LAGI CERITA JIHAD, SEKS DI SYRIA


Wanita Malaysia dipercayai menyertai pasukan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) untuk menawarkan Jihad Al-Nikah atau jihad seksual, kata pegawai kanan risikan kepada The Malaysian Insider.

Pihak berkuasa mengesahkan tiga wanita Malaysia pergi ke Timur Tengah untuk menyertai pasukan Isis. Jihad Al-Nikah merujuk kepada konsep kontroversi iaitu wanita Sunni dikatakan menawarkan diri mereka dalam bentuk peranan memenuhi keperluan seksual pejuang yang memperjuangkan undang-undang Islam.

Konsep itu berasal daripada fahaman Wahhabi sekitar 2013, yang menyeru penyokong wanita Sunni untuk tampil melakukan jihad seks dan menyemarakkan moral pejuang terhadap regim Bashar al Assad di Syria.

“Wanita ini dipercayai menawarkan diri mereka untuk melakukan hubungan intim kepada pejuang Isis yang cuba memperkenalkan peraturan Islam di Timur Tengah.

“Konsep ini mungkin kelihatan kontroversi tetapi ia semakin berkembang apabila sesetengah wanita Islam di sini bersimpati dengan kepayahan Isis,” kata seorang pegawai risikan kepada The Malaysian Insider.

Enggan didedahkan identitinya, pegawai itu berkata seorang wanita Malaysia berlepas ke Timur Tengah pada Disember tahun lalu.

“Wanita itu, berusia 30-an, pergi ke Turki sebelum bertemu dengan orang tengah yang membantunya melengkapkan perjalanan ke Syria melalui jalan darat. “Seorang lagi wanita Malaysia berusia 40-an dipercayai bekerjasama dengan pasukan Isis pada April tahun ini,” kata sumber.

Pegawai risikan berkata, bukan wanita Malaysia saja yang melakukan jihad seksual kerana ada juga wanita Islam lain terbabit. “Pertukaran risikan dengan beberapa negara mendedahkan wanita Islam Sunni dari Australia dan United Kingdom juga menyertai Isis,” katanya.

Pegawai risikan berkata, Isis mengeluarkan dekri atau edik pada Jun tahun ini menawarkan pengerahan Jihad Al-Nikah atau jihad seksual. “Sebaik saja selepas bandar Mosul di Iraq ditawan pasukan Isis, orang ramai diarahkan menghantar wanita tidak berkahwin berjihad untuk seks,” dedah pegawai risikan.

“Dalam pengisytiharannya, Isis mengancam untuk melaksanakan undang-undang syariah terhadap mereka yang gagal mematuhi edik atau dekri itu,” kata pegawai berkenaan. -TMI-
Posted on 8:04 AM | Categories:

JIHAD, SEKSUAL DI SYRIA

NGO ISLAM MINTA MAJLIS FATWA JELASKAN JIHAD SEBENAR
Oleh D.I.

Pengertian jihad berlandaskan Islam perlu dijelaskan supaya rakyat Malaysia tidak terjerumus dalam kegiatan ektremis, kata Exco Pemuda Umno Dr Fathul Bari Mat Jahya. Gambar fail The Malaysian Insider.Pengertian jihad berlandaskan Islam perlu dijelaskan supaya rakyat Malaysia tidak terjerumus dalam kegiatan ektremis, kata Exco Pemuda Umno Dr Fathul Bari Mat Jahya. Gambar fail The Malaysian Insider.Majlis Fatwa Kebangsaan digesa menjelaskan pengertian jihad sebenar berlandaskan Islam memandangkan semakin ramai umat Islam di negara ini terkeliru dengan konsep tersebut bahkan turut  menyertai gerakan pelampau yang hanya menghalalkan keganasan, kata Exco Pemuda Umno Dr Fathul Bari Mat Jahya.

Beliau berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan sewajarnya memberi penekanan dengan menjadikan isu tersebut sebagai perbincangan utama agar dapat memudahkan masyarakat Islam di negara ini membuat rujukan mengenai konsep jihad.

"Hal ini yang sewajarnya dibincangkan dalam Majlis Fatwa Kebangsaan dan saya tidak kata mereka (ulama) tidak bincang namun mungkin mereka ada banyak kertas kerja perlu diselesaikan.

"Ia amat mustahak supaya orang kita yang ada keinginan untuk berjihad namun kerana ada panduan dan penjelasan jadi mereka tidak akan mudah terikut dengan gerakan ekstremis," katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan The Malaysian Insider semalam yang mendedahkan ada golongan wanita Islam di negara ini dan beberapa negara lain menyertai pasukan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) untuk menawarkan 'Jihad Al-Nikah' atau jihad seksual.

Memetik daripada sumber pegawai kanan risikan, pihak berkuasa mengesahkan terdapat sekurang-kurangnya tiga wanita Malaysia pergi ke Timur Tengah untuk menyertai pasukan Isis.

Fathul Bari berkata, beliau kesal dengan penglibatan wanita Islam di negara ini yang menyertai kumpulan pelampau itu dengan menggunakan alasan jihad seksual.

Beliau berkata, perbuatan itu jelas bercanggah dengan prinsip dan ajaran Islam, malah gerakan Isis itu tidak pernah mendapat pengiktirafan mana-mana ulama terkenal dunia terutama negara Timur Tengah.

Katanya, gerakan itu kemungkinan memanipulasikan konsep 'mutaah' yang diperkenalkan pada satu masa dulu ketika zaman Rasullah sebelum ia diharamkan.

"Menurut sejarah, ketika zaman Rasullah sebelum ia diharamkan, tentera Islam yang terlibat  dalam peperangan kemudiannya keluar musafir mereka akan bermutaah iaitu maksudnya mereka berkahwin dengan wanita tempatan sehingga selesai perang lalu mereka balik ke tempat asal dan menceraikan isteri sementaranya itu.

"Bagaimanapun ia kemudiannya dimansuh dan dibatalkan hukumnya, jadi mutaah ini sudah tidak wujud lagi. Yang mengamalkan mutaah hanya golongan Syiah," katanya.

Beliau berkata, masyarakat Islam di negara ini perlu mempunyai pemahaman mendalam mengenai erti konsep jihad sebenar mengikut sudut pandang Islam.

"Contoh apabila kita terima pensyariatan solat maksudnya kita juga wajib terima cara dan kaedah untuk bersolat, dan bukan melakukannya sesuka hati.

"Begitu juga dengan jihad ia ada cara dan kaedah bukan kata angkat senjata dan jom kita pergi perang. Kita tidak boleh mengambil nas Al-Quran dan hadis kelebihan jihad tanpa mengkaji (bagaimana untuk laksanakannya) terlebih dahulu," katanya.

Sementara itu Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Amidi Abd Manan berkata susulan pendedahan itu pertubuhannya menggesa pengertian jihad dimasukkan dalam sukatan agama di sekolah bagi membetulkan tanggapan yang salah.

Katanya, ia perlu dilakukan ulama dan mereka yang mempunyai latar belakang agama untuk membetulkan pandangan tersebut.

"Kita seru umat Islam untuk lebih mendalami ajaran agama dengan sebaiknya. Pendedahan itu merupakan perkara ekstrem dalam agama.

"Kita tidak pernah jumpa istilah jihad seksual sebelum ini dalam agama tambahan pula Islam itu sendiri sentiasa memartabatkan wanita dan menolak golongan itu dijadikan pemuas nafsu," katanya.

Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Abdul Rahman Mat Dali menggesa rakyat Malaysia di negara ini tidak terlibat dengan gerakan ekstremis terbabit.

"Wanita atau siapa saja rakyat Malaysia kita tidak galakkan mereka menyertai Isis atas nama jihad, ia merupakan satu gerakan ekstremis dikaitkan dengan doktrin Syiah.

"Banyak lagi cara umat Islam di negara ini boleh melibatkan diri dalam isu dunia seperti memberi sumbangan, tidak perlu pergi berjihad masuk kumpulan yang diragui dan menawarkan seksual itu juga sangat tidak masuk akal," katanya.

Katanya, dalam Islam hanya pernikahan saja yang dapat menghalalkan hubungan seksual.

"Saya tidak dengar jihad seksual ini wujud dalam Islam. Tidak ada perkara sedemikian sekiranya tidak bernikah namun kalau betul ada ikatan sah pun ia tidak berapa praktikal untuk diguna pakai," katanya.

Beliau berkata, wanita yang terpengaruh dengan jihad tersebut kemungkinan mempunyai pegangan lemah terhadap hadis dan Al-Quran sehingga menimbulkan kekeliruan.

"Saya fikir ia terjadi kerana pegangan hadis dan Al-Quran itu terlalu lemah, sekiranya pegangan mereka kuat sudah tentu dengan jelas mereka boleh nampak hadis pun tidak pernah menyebut atau menyokong perkara itu," katanya.

Jihad Al Nikah merujuk kepada konsep kontroversi iaitu wanita Islam dikatakan menawarkan diri mereka dalam bentuk peranan memenuhi keperluan seksual pejuang yang memperjuangkan undang-undang Islam.

"Konsep ini mungkin kelihatan kontroversi tetapi ia semakin berkembang apabila sesetengah wanita Islam disini bersimpati dengan kepayahan Isis," kata sumber pegawai kanan risikan itu.

Enggan didedahkan identitinya, pegawai risikan itu berkata seorang wanita Malaysia berlepas ke Timur Tengah pada Disember lalu.

"Wanita itu berusia 30-an pergi ke Turki sebelum bertemu dengan orang tengah yang membantunya melengkapkan perjalanan ke Syria melalui jalan darat.


"Seorang lagi wanita Malaysia berusia 40-an dipercayai berkerjasama dengan pasukan Isis pada April tahun ini," kata sumber. 
Posted on 8:01 AM | Categories:

Monday, November 3, 2014

SURAT SAIFUL BUKHARI

Saudara-saudari semua,

Hari ini 4 November 2014 akan menjadi saksi ke atas seorang pelakon yang sangat kejam kerana telah melakukan banyak kerosakan kepada orang-orang lain sebelum saya sendiri. Anwar Ibrahim yang anda lihat alim itu, sebenarnya adalah seorang manusia yang sakit jiwa raganya. 

Saudara-saudari, Insyaallah hari ini dia akan menerima akibatnya setelah melakukan perbuatan terkutuk ke atas diri saya tanpa kerelaan saya, malah sebelum saya berapa ramai isteri-isteri yang bercerai kehilangan suami angkara manusia jijik ini, berapa ramai yang telah dia liwat dan dia terepas kerana dia kaya mampu mengupah peguam-peguam termahal.

Sesungguhnya Anwar Ibrahim hanyalah manusia biasa yang menggunakan kedudukan dan kekayaannya untuk memuaskan hawa nafsunya. Namun, sesungguhnya Allah SWT Maha Adil, pada hari ini Keadilan akan ditunjukkan. Mudah-mudahan penderitaan semua mangsa-mangsa liwat yang lalu Azizan, Sukma, Munawar dan isteri-isteri yang menderita akan terjawab pada hari ini.

Kepada Anwar Ibrahim, bertaubatlah kamu kepada Allah SWT kerana sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun. Berhentilah daripada memperbodoh-bodohkan rakyat Malaysia, berhentilah daripada berlakon, berhentilah daripada merosakkan negara, merosakkan rumahtangga orang dan merosakkan agama Islam.  

Walaupun kamu kaya-raya, anak-anak dan isteri kaya-raya tetapi kamu tidak boleh membeli semua sekelip mata. Sesungguhnya keadilan tidak boleh dibeli kerana ianya milik Allah SWT.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, marilah kita menutup cerita ini supaya menjadi pengajaran kepada generasi akan datang, supaya janganlah muncul lagi seorang pemimpin sepertinya lagi dalam negara kita ini. Benarlah kata mendiang Karpal Singh bahawa Anwar Ibrahim telah membuat sangat banyak kerosakan kepada negara, semoga penjara Sg Buloh nanti menjadi tempat bertaubat yang terbaik kepadanya.

Mohd. Saiful Bukhari
Kuala Lumpur, 0730am, 4 November 2014.

-----------------------------------------------------------------------------------------
*Warkah di atas kiriman emel.

Posted on 5:09 PM | Categories: