Saturday, May 23, 2015

AFFIFUDIN OMAR SAMA SEPERTI SALMAN RUSHDIE

Affifudin Omar Kurang Ajar
Kenyataan bekas Timbalan Menteri, Affiffudin Omar di sini sangat dangkal, kurang ajar dan jelas buta sejarah.


Anda boleh tidak bersetuju dengan sesiapa pun, anda boleh menghina sesiapa yang anda suka kerana jiwa kacau kamu, atau kerana anda sudah bukan anggota kabinet lagi, tetapi jika anda tidak pasti sejarah sesuatu bangsa lebih baik anda tutup mulut. Jika tidak, anda kelihatan sangat terok, hodoh dan memalukan.


Affiudin menyatakan, orang Bugis belayar di laut menyamun sahaja. Sedapnya mulut berkata-kata, adakah anda seorang ahli sejarahwan? Adakah anda mempunyai tesis PhD mengenai sejarah bangsa Bugis? 

Profesor Emiretus Tan Sri Datuk Dr. Khoo Kay Kim, yang menulis kata-kata aluan dalam buku ketiga saya ini berkata bahawa persepsi Bugis sebagai 'lanun' adalah ciptaan penulis-penulis barat. Konsep penulisan sejarah ketika negara kita di awal kemerdekaan lebih kepada pemikiran barat (euro-centric) di mana penulis buku sejarah dan buku-buku teks sejarah (Ilmu Tawarikh) negara kita dahulu ditulis oleh mereka, berbahasa Inggeris, berfikiran barat, malah dicetak di London.


Jika anda membaca karya sejarah British pada zaman Ratu Elizebeth kurun ke 15 dan 16, konsep lanun di sana ialah penyelamat kepada kapal-kapal British di tengah laut daripada ancaman perompak (piracy). Malah, tercatat dalam sejarah Great Britain, seorang ketua lanun bernama Frank diberi gelaran 'Sir' kerana kejayaannya menjaga kapal-kapal British. 


Semasa kapal-kapal perang Eropah memasuki wilayah nusantara untuk menawan tanah air kita, kapal-kapal Pinisi kepunyaan pahlawan-pahlawan Bugis telah berperang dan menentang mereka daripada menceroboh tanah air kita. Tercatat peritiwa-peristiwa ini di perairan Perak selepas Perjanjian Pangkor 1874. Manakala, di perairan Pulau Sebatik dan Laut Sulawesi, kapal-kapal perang Pinisi menghalau kapal-kapal perang Belanda. Di perairan pulau Temasek, dicatat dalam sejarah kapal-kapal Pinisi orang Bugis bermati-matian menghalau kapal-kapal perang British.


Bagi pegawai-pegawai British di semenanjung Malaysia, dan pegawai-pegawai Belanda di Sulawesi, mereka amat-amat takut kehebatan pahlawan-pahlawan Bugis di lautan. 

Beberapa bulan sebelum Sasterawan Negara Arenawati meninggal dunia, saya melawat ke rumahnya di bilik kerja menulisnya. Beliau menceritakan kepada saya keunggulan ilmu pelayaran bangsa Bugis. Kitab-kitab ilmu pelayaran Bugis yang disimpannya amat berharga tersimpan rapi di rumahnya. 

Bangsa Bugis tidak menggunakan kompas untuk belayar ke negara China dan Amerika Syarikat, sebaliknya mereka menggunakan ilmu bintang. Malangnya, Sasterawan Negara Arenawati meninggal dunia sebelum sempat menyiapkan sebuah lagi karya agungnya.
Berfikiran Seperti Salman Rushdie
Affifudin Omar Lebih Kurang Salman Rushdie
Kepada Affiffudin Omar, saya mendesak kamu memohon maaf kerana sangat kurang ajar melabel bangsa Bugis sebagai lanun. 

Kenapa jika kamu tidak bersetuju dengan DS Najib dan kamu melabel seluruh bangsa Bugis sebagai lanun? Jika kamu sudah tidak sealiran dengan DS Najib kritiklah kepada dirinya sahaja, kenapa melabel Bugis lanun, sedangkan kamu tiada kajian PhD mengenainya? Adakah ilmu sejarah kamu lebih tinggi daripada Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Dr. Khoo Kay Kim?

Adakah kamu juga berpandangan Sultan Johor, Sultan Selangor, Sultan Perak dan lain-lain Sultan yang berdarah Bugis juga lanun?

Walau berapa banyak novel yang kamu tulis, tetapi dengan satu kurang ajar kamu ini, kamu seupama Salman Rushdie yang menghina Rasulullah SAW kerana buta sejarah dan berfikiran euro centric. Kamu juga berfikiran euro centric.

1 comment:


  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    ReplyDelete