Sunday, August 23, 2015

NURUL IZZAH, ANWAR DAN BEKAS SUAMI NURUL IZZAH PERLU JELASKAN DANA POLITIK INI


Almarhum Raja Faisal Arab Saudi Semoga Allah SWT Mencucuri rahmat ke  atasnya
Negara Arab Saudi adalah negara yang sangat kaya dengan minyak. Itulah kurnia dari Allah SWT kepada negara Islam ini. Malaysia juga negara Islam walaupun tidak 100% Islam kerana sejarah penjajahan berdekad-dekad lamanya telah mengangkut imigran-imigran dari China dan India sehingga kini mereka menjadi rakyat Malaysia dengan membawa agama, budaya dan politik mereka.

Pada tahun 1971, Raja Mahkota Arab Saudi dalam satu pertemuan dengan Tengku Razaliegh Hamzah telah bertanya kepada siapa pergerakan Islam dia boleh salurkan dana untuk perkembangan Islam di Malaysia. Tengku Razaliegh ketika itu sebagai Menteri dan Pengerusi Petronas telah mencadangkan supaya dana itu diiberikan kepada Anwar Ibrahim.

Maka bermulalah hubungan Anwar dengan dunia Arab ketika itu. Setiap tahun Anwar berjaya memanupulasi hubungan itu dan menerima berjuta-juta USD dari Arab Saudi Finance Charity. Pernahkah kamu bertanya ke mana wang itu dimasukkan?

Anwar kemudian dilantik sebagai wakil Malaysia kepada World Islamic Youth Association yang berpangkalan di Arab Saudi. Pada tahun 1981, Anwar menganggotai IIIT dan tahukah kamu pada tahun 1981 juga, seorang wakil IIIT dari Amerika Syarikat telah terbang ke Malaysia bertemu Tun M memujuk Tun M supaya menerima Anwar menyertai UMNO!

Pernahkah anda bertanya berapa juta dana Anwar perolehi? Pernahkah anda bertanya dana itu masuk akaun peribadi Anwar atau masuk akaun ABIM? Orang-orang ABIM yang tidak mengetahui cerita ini atau yang menyembunyikan rahsia ini maaflah ya, terapksa didedahkan supaya rakyat tahu bukan Najib seorang jer yang dapat dana langsung dari jutawan kerabat raja Arab Saudi. Kepada yang hendak kepastian sila jumpa Syed Hussin A., dia masih hidup, dia boleh cerita lagi detail.

Perkara kedua saya nak dedahkan ialah pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di beberapa universiti di Arab Saudi juga menerima dana langsung masuk ke poket mereka. Tidak percaya? Tanyalah bekas pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Universitu Madinah dan lain-lain universiti di Arab Saudi. Bukan itu sahaja, sesetengah mereka yang sudah tamat belajar apabila balik ke Malaysia mereka diberikan lagi wang 'dana' dengan syarat mereka hendaklah "berdakwah". Cukuplah sekadar itu cerita, tak payahlah saya cerita panjang-panjang nanti Lim Guan Eng, Rafizi yang baru setahun jagung itu dan Tony Pua terkejut berok.

Kalau nak cerita detail lagi, tanyalah Mufti Wilayah Persekutuan!


Nak Saya Dedahkan Wang Itu Masuk Akaun Nurul Izzah atau Akaun bekas suami dia? Jangan Paksa saya!

Lastly but not least, Nurul Izzah juga menerima dana politik berjumlah USD$92,200 dari IIIT sebuah cabang Saudi Finance Islamic Charity! Banyak lagi jika saya nak dedahkan. Nak lagi ker?

0 comments:

Post a Comment