Wednesday, September 30, 2015

DI AMERIKA, RAFIZI DIPANGGIL SI BODOH FROM MALAYSIA


Saya sangat terkejut dengan Pembohongan dan Pembodohan oleh Rafizi dalam laporan ini http://m.malaysiakini.com/news/313987

Pertama sekali, majlis pada 28 Oktober 2015 di Bangunan Ambasador Malaysia di New York itu adalah Majlis Sepetang bersama Perdana Menteri. Tidak ada Majlis Dialog!!! Kenapa Rafizi merepek. Sejak jadi YB kenapa asyik BERBOHONG sahaja Rafizi? Adakah itu taraf kamu? Jika kamu tidak hadir ke New York dan kamu tidak melihat suasana majlis tidak usah kamu bercakap mengenainya ! Kamu hanya akan mengumpul dosa kering!

Walaupun PM sangat sibuk, baharu sahaja selesai mesyuarat dengan Presiden Obama dan lain-lain ketua kerajaan, PM masih sudi bersama kami. Apatah lagi keadaan jalan di New York jammed di mana-mana. PM kelihatan sangat letih tetapi melayan kami seperti anak-anaknya, kami dari pelbagai kaum merasa sangat friendly, selesa dan gembira. Hampir 1 jam PM berucap mengenai perancangan ekonomi dan pembangunan Malaysia, kemajuan dan cabaran, kami sanggup berdiri lama mendengarnya. Perdana Menteri menggunakan slaid dan ianya sungguh menarik.

Perdana Menteri juga beramah mesra hampir satu jam makan bersama kami sambil bertukar pandangan secara dekat, dari hati ke hati dan kami berpuashati. PM melanggar protokolnya dengan tidak makan secara berasingan di meja VVIP tetapi sanggup berbaris bersama kami mengambil makanan di meja yang disediakan untuk orang ramai. 

Semasa kami makan bersama, kami bertanya banyak perkara, kami meluahkan banyak perkara. Kami faham PM dikritik kerana dasar-dasarnya yang tidak popular, tetapi bukti global menunjukkan PM melakukan perkara yang tepat untuk masa akan datang. 

Bagi kami, kami lebih percayakan PM daripada agenda Rafizi. Kami sudah hilang respect kepada Rafizi kerana banyak bercakap tetapi tidak nampak apa-apa hasil daripada percakapannya.

Asyik-asyik persoal dasar kerajaan, kami sudah naik bosan!!! Asyik recycle isu yang sama amat menjumudkan!!! Rafizi memberi gambaran rakyat Malaysia bodoh belaka. Kami pun tahu membezakan mana yang baik kepada negara, kami sangat bosan dengan cara Rafizi dan pembangkang.

Sangat memalukan dan tidak nampak kematangan hidup bernegara. Kalaulah Rafizi di Amerika Syarikat buat cara yang sama asyik repeat isu seolah-olah rakyat pekak dan bodoh, saya percaya rakyat Amerika akan panggil Rafizi si Bodoh from Malaysia! Memalukan!!!

Matanglah sikit, kalau nak kempen tunggulah PRU14 , sekarang masa untuk bekerja. Jangan tanam kebencian yang keterlaluan kepada kerajaan seolah-olah tiada satu pun perkara yang baik dari kerajaan!

Simpan sedikit kebodohanmu, keegoanmu, keceluparanmu untuk masa pencenmu! Kami sudah bosan dengan retorik dan isu-isu yang kamu recycle. 

Kami mahu masa depan. Kami tak mahu cakap banyak walaupun popular untuk kamu!

Pelajar Malaysia,
New York, USA.
......

Kiriman emel di atas tanpa edit.


0 comments:

Post a Comment