Saturday, January 31, 2015

LIM GUAN ENG HANTAR 3 SOLDADU SERANG MUSTAPPHA ALI

Selepas Lim Guan Eng lari dari disoal para pemberita di sini, LGE menghantar 3 Soldadunya untuk berdepan Mustapha Ali, iaitu Loke Siew Fook, Khairil dan Anthony.

S/U Organisasi Kebangsaan DAP, Loke Siew Fook mengeluarkan kenyataan memarahi Mustafa kerana membakar jambatan PAS dan DAP apabila beliau mencabar Lim Guan Eng berdebat.

Kata wakil LGE itu, "Mustafa Ali melayan DAP sebagai musuh politik dan mendakwa Mustafa tidak pernah bertindak demikian terhadap UMNO yang menjadi musuh politik PAS"

DAP menyindir dan memalukan Mustapha “Dia sendiri mengetahui jawatan S/U DAP adalah jawatan tertinggi dalam DAP manakala jawatan Setiausaha Agung PAS pula adalah lantikan Presiden PAS dan kedua-dua jawatan tersebut tidak setaraf dalam struktur pimpinan PR walaupun namanya sama,” .

‎Pemimpin DAP sangat marah dan berkata “kerana setahu saya, beliau tidak pernah mencabar UMNO untuk berdebat sebaliknya mencabar DAP.”

DAP tanya PAS, “Tindakan itu juga seolah-olah menganggap DAP sebagai musuh politik PAS dan bukannya rakan sekutu dalam pakatan !

DAP SINDIR PRESIDEN PAS
DAP sindir PAS, “Dalam hal ini, DAP berpendirian adalah lebih wajar Mustafa memastikan pimpinan tertinggi PAS termasuk Presiden PAS menghadiri Majlis Pimpinan Tertinggi PR untuk membincangkan isu tersebut daripada mengadakan debat terbuka,” katanya.

Jawab Mustapha Ali, “Sebenarnya dia yang berbohong dengan isu itu kerana mulut celuparnya,”

Mustapha Marah wakil Lim Guan Eng, “Kepada Loke, dia tidak payah berbelit. Saya tidak perlu cabar orang lain atau UMNO kerana mereka tidak ada kena-mengena dalam isu ini, oleh itu saya akan buktikan dia (Guan Eng) berbohong,” 

Sebelumnya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyindir DAP, pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP boleh melebarkan lagi jurang ekonomi antara golongan berada dan tidak berada serta boleh mencetuskan pergaduhan kaum seperti Peristiwa 13 Mei 1969.



Posted on 3:49 AM | Categories:

Monday, January 26, 2015

MUKA TAK MALU MINTAK DUIT KERAJAAN, TAPI MASIH KATA KERAJAAN ZALIM



Pada PRU-13 lalu, Parlimen Tanjong telah dimenangi oleh Ng Wei Aik, bekas ADUN Komtar yang cukup terkenal dengan sifat RASIS, anti umat Islam dan cubaan menghalau umat Islam daripada berniaga di Pulau Pinang.

Jumlah undi yang berjaya diperolehi oleh Ng Wei Aik adalah 35,510 undi manakala calon Barisan Nasional, Ng Song Kheng hanya memperolehi 6,865 undi sekaligus menjadikan majoriti kemenangan Ng Wei Aik adalah 28,645 undi. 

Secara tidak langsung, Tanjong merupakan antara kubu kuat DAP.

Komposisi pengundi di Parlimen Tanjong adalah 5.78% Melayu, 85.26% Cina, 8.61% India dan 0.35% lain-lain kaum.

Jumlah yang keluar mengundi pada PRU lalu adalah 42,913 orang iaitu 83.34%.

Tak perlulah kita keluarkan atau dedahkan apa kempen serta janji-janji yang diberikan oleh Ng Wei Aik mahupun DAP. Mereka bersungguh-sungguh berkempen tetapi mereka jugalah yang bersungguh-sungguh menolak tanggungjawab sosial kepada Kerajaan Persekutuan seolah-olah Kerajaan Negeri tidak perlu bertanggungjawab dalam urusan dan hal ehwal dalam negeri.

Kita dapat perhatikan bagaimana kerana duit, para penyokong DAP menjadi cheapskate yang tidak akan rasa malu, jijik atau meluat walaupun mereka terpaksa beratur untuk masuk ke bangunan Pejabat UMNO Bahagian Tanjong. Kerana duit, mereka lupakan terus segala hina-dina, caci maki, sumpah seranah dan hamun ludah yang mereka hamburkan kepada UMNO-BN. Kerana duit, mereka lupa tentang label RASIS yang mereka berikan kepada UMNO-BN dan kezaliman yang kononnya telah menindas puak mereka.

Gambar ini menerangkan apa sebenarnya yang berlaku kepada golongan yang kuat menyokong DAP. Hidup mati mereka hanyalah duit dan mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja demi duit yang kemudian mereka katakan, ITU ADALAH DUIT MEREKA!

PUNYALAH TAK MALU DAN TAK BERMARUAH! 


sumber: http://buletinsengal.blogspot.com/2015/01/kerana-duit-para-penyokong-dap-parlimen.html


Laki bini sama saja...


Posted on 5:35 PM | Categories:

Saturday, January 17, 2015

LIM KIT SIANG TERLIBAT PEMBALAKAN HARAM DI KELANTAN

PROKSI LIM KIT SIANG; KEUNTUNGAN HENDAKLAH DISALUR KEPADA DAP!
DAP SIAPA PUNYA ANAK-BERANAK?
Keceluparan Lim Kit Siang dalam bencana banjir besar di Kelantan sangat luar biasa. 

Rupa-rupanya Lim Kit Siang berusaha menyembunyikan penglibatannya dalam pembalakan haram di Kelantan, patutlah dia menghentam semacam saja semua orang dengan harapan tidak akan ada pihak akan perasan penglibatannya. Walaupun penama dalam konsesi Pembalakan di 10,526 ekar tanah di Kelantan diberikan kepada Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham, mereka hanya Proksi Lim Kit Siang sahaja!. 

Mereka ini dan DAP mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit tetapi NYAWA rakyat Kelantan terkorban. DAP sangat-sangat tak berhati perut, DAP makan darah rakyat Kelantan dan tidak memberi apa-apa bantuan sedikitpun daripada keuntungan bisnes balak itu. Keuntungan Balak itu rupa-rupanya mereka berjoli sakan di Eropah.
RAKYAT KELANTAN DERITA BANJIR BESAR, BALAK & BUKIT-BUKAU GONDOL,  DAP DAPAT KAUT UNTUNG BALAK, RAKYAT KELANTAN MENANGIS AIR MATA DARAH
Sangat menyakitkan hati melihat Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang bersenang-lenang melancong di Eropah dengan kapal first class, sangat menyakitkan hati melihat isteri Lim Guan Eng bergayashopping sakan sambil menunjuk-nunjuk beg jenama mahal Gucci Bamboo berharga 2240 pound. Sangat menyakitkan hati melihat Lim Kit Siang dan keluarganya, Lim Guan Eng dan isterinya enjoy berhabis.

Lim Kit Siang lupa Kelantan dikuasai Pakatan Rakyat yang turut dianggotai DAP. Kerajaan Pakatan Rakyat betul-betul Total Failure dan gagal mengurus bencana banjir di negeri yang mereka perintah! Bagaimana nak tadbir negara kalau negeri sendiri tak boleh tadbir?

Kita mencadangkan lebih baik Lim Kit Siang dan DAP membuat Latihan dan belajar pengurusan bencana kebakaran Ladang Babi sebelum menunjuk-nunjuk konon pandai mengurus bencana negara!

Bacaan Tambahan :-
Proksi Lim Kit Siang di sini
Keuntungan DAP di sini
Proksi DAP di sini

WAUW FIRST CLASS YOU ! RAKYAT KELANTAN MENANGIS DARAH HUTAN GONDOL BANJIR BESAR, AHLI-AHLI DAP GEMBIRA SHOPPING BERGEMBIRA 
Posted on 8:03 AM | Categories:

Saturday, January 3, 2015

NGA KOR MING & NGEH KOO HAM MENGAKU GONDOL BALAK TAPI HUSAM KAWAN BISNES BALAK JUGA

Facebooker BBCD mendedahkan syarikat kepunyaan DAP juga turut bertanggungjawab dengan aktiviti pembalakan di Negeri Kelantan.
“Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham mengaku beliau dan sepupunya, Nga Kor Ming DAP yang juga Setiausaha DAP negeri Perak, melabur dalam syarikat Upaya Padu Sdn Bhd yang mendapat projek pembalakan di Kelantan yang telah mengakibatkan banjir di Kelantan yang paling teruk dalam sejarah.
“Adun DAP Sitiawan dan Ahli Parlimen DAP Beruas yang menang hasil pilihan orang Melayu itu berkata, mereka menyertai perniagaan berkenaan selepas diajak oleh anak guam mereka untuk melabur.
“DAP melalui syarikat Upaya Padu diberi tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang, Kelantan sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menjadi Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum 2008,” dedah BBCD.
Pendedahan BBCD itu berdasarkan laporan Berita Harian bertarikh 22 Dis 2012 bertajuk “Projek pembalakan di Kelantan: Ngeh, Nga terbabit.”
Datuk Hamidah Osman, ketika itu Exco Kerajaan Perak berkata carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengesahkan Koo Ham dan Kor Ming adalah dua daripada enam ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan.
Ditanya mengenai pendedahan dokumen dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) bahawa beliau mengeluarkan jutaan ringgit untuk projek berkenaan, Koo Ham berkata:
“Ini dibuat sekumpulan pelabur, apa yang dia (Hamidah) ada hanya satu dokumen saja. Sebagai seorang peguam, saya tidak boleh beri (dedahkan) semua transaksi.”
Kor Ming enggan mengulas lanjut isu itu untuk melindungi anak guam mereka mengikut Akta Profesion Undang-undang 1956.
Koo Ham turut mengugut akan membuat laporan polis mengikut Seksyen 8A Akta Mesin Percetakan dan Seksyen 499 Kanun Keseksaan, selain saman sivil terhadap media yang memfitnah mereka berkaitan isu berkenaan.
Beliau juga mengedarkan kenyataan media Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari yang menjelaskan tanah berkenaan adalah milik Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan syarikat terbabit diberi pajakan selama 50 tahun.
Menurut blog topengrakyat, syarikat Upaya Padu Sdn Bhd adalah salah satu kroni Datuk Husam Musa yang merupakan exco paling kanan dalam Kerajaan Negeri Kelantan.
Husam merupakan pengerusi berkaitan dengan perancangan ekonomi, kewangan Kerajaan Negeri Kelantan dari tahun 2004 – 2013.
Blog sungguhka mendedahkan asalnya tanah-tanah itu milik YIK, kemudian dipajakkan kepada tauke-tauke Cina termasuk syarikat Upaya Padu Sdn Bhd dengan tujuan atas kertas untuk ‘Projek Ladang Rakyat’
“Termasuklah 10,526 ekar (4,259 hektar) tanah hutan balak di Gua Musang yang dimiliki secara bersama oleh pemimpin bersaudara dari DAP Perak, Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Min melalui syarikat Upaya Padu Sdn Bhd.
“Selain syarikat milik pemimpin DAP itu, beberapa syarikat milik tauke Cina seperti Leong Hup Holding Sdn Bhd (LHH) turut menguasai pajakan tanah yang luasnya mencecah 10,095 ekar selama 99 tahun juga di Gua Musang.
“Manakala tanah seluas 7,500 ekar tanah Ladang Keruing Teknik yang asalnya milik Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Relai, Gua Musang juga kini telah dipajakkan kepada syarikat Suurban Sdn Bhd, milik tauke Cina dari Johor.
“Apapun, melihat pada pelbagai urusan pajakan dan pemilikan tanah yang banyak berkisar di kalangan tauke-tauke Cina sahaja, ternampak jelas Ladang Rakyat yang sinonim dengan gelaran Ladang Air Mata Rakyat ini wujud khusus untuk kepentingan para kroni Kerajaan PAS Kelantan sahaja.
“Penguasaan tanah-tanah di Selatan Kelantan termasuklah di Ladang Rakyat oleh tauke Cina dari DAP dan Cina Singapura ini kian lama akan jadi umpama “Belanda dapat tanah”, hasil kekayaan yang sepatutnya untuk kepentingan pribumi akhirnya hanya menguntungkan orang lain sahaja,’ dedah blog itu.
Posted on 4:50 PM | Categories: