Friday, February 6, 2015

MELAYU S'PORE 60AN VS MELAYU PENANG

Berdasarkan pendedahan berani mati dari AJK PAS Pusat mengenai Agenda 3S, Penulis berkongsi beberapa fakta sejarah yang mengukuhkan lagi pendedahan tersebut.

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki mengingatkan parti itu tentang agenda mencurigakan membabitkan rakan sekutunya yang didakwa mahu membolot kekuasaan di Sabah dan Sarawak dengan menggunakan isu agama.

Beliau yang menamakannya sebagai Agenda 3S (Singapura, Sabah dan Sarawak) berkata, Pas perlu melihat lebih jauh dan bukannya sekadar menawan Putrajaya sahaja kerana ada musuh yang jauh lebih besar di selatan tanah air seperti PAP.
Mohd. Zuhdi yang juga Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas mendedahkan, antara agenda utama gerakan itu ialah menjadikan Sabah dan Sarawak seperti Si­ngapura.

“Kita tidak boleh menafikan ada ahli-ahli politik yang berulang-alik ke Singapura,” jelas Zuhdi.
Beliau menyatakan demikian semasa membentangkan kertas kerja bertajuk Politik Islam Pasca Keruntuhan Negara Bangsa dalam program Nadwah Ulama di Darul Fuqaha, Bangi, dekat sini hari ini.

Mohd. Zuhdi berkata, Pas sebagai sebuah gerakan Islam tidak boleh melupakan amaran yang pernah disuarakan oleh bekas-bekas pemimpin parti itu tentang kemungkinan Singapura memainkan peranan sebagai sekutu Israel di Asia Tenggara.
Beliau mendakwa, gerakan yang memperjuangkan Agenda 3S itu sedang giat memainkan sentimen agama untuk menarik sokongan orang bukan Islam di Sabah dan Sarawak.

“Isu kalimah Allah yang sudah lama padam dibangkitkan semula dan mereka juga mencari jalan untuk mengeluarkan Pas daripada pakatan pembangkang,” ujarnya.
Sumber : http://www.utusan.com.my/berita/politik/agenda-3s-mencurigakan-1.55824#sthash.5usg5QTH.dpuf

Wujudkah persamaan antara Melayu Singapura Tahun 60an dan Melayu Pulau Pinang?

Melayu Singapura Tahun 60an

Profesor Dr Lily Zubaidah Rahim berkata, Presiden Melayu Pertama Singapura kini hanya tinggal dalam lipatan sejarah dan tidak lagi diingati rakyat negara itu pada generasi mutakhir ini.

Menurut Dr Lily, ketika Singapura berusaha untuk bergabung dengan Malaya sekitar tahun 1963, kerajaan PAP (Parti Tindakan Rakyat) pimpinan Lee Kuan Yew mempotretkan negaranya sebagai beridentiti Melayu dengan melantik Yusof bin Ishak sebagai Yang di-Pertuan Negara menggantikan Sir William Allmond Codrington Goode, Gabenor Singapura.

Lagu kebangsaan Singapura juga berbahasa Melayu, “Majulah Singapura” yang digubah pada tahun 1957 oleh seorang penggubah muzik filem yang terkenal pada masa itu, Encik Zubir Said.

Begitu juga dengan lambang bendera Singapura yang terdapat bulan dan bintang sebagai simbol Islam dan para pelajar diwajibkan mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di negara itu.

“Ironiknya, pada masa kini, elemen soalan ‘Siapa nama kamu ? Di mana kamu tinggal ? dan perkataan ‘Majulah Singapura’ tidak lagi difahami oleh kebanyakan rakyat Singapura.”

Dr Lily berkata demikian dalam bukunya bertajuk “Singapore Dilemma in the Malay World,” Routledge Taylor & Francis Group, 2009.




Pada 31 Ogos 1963, Singapura memperolehi kemerdekaan daripada pihak British apabila negara itu menyertai Malaya (Persekutuan Tanah Melayu) dan Borneo Utara (Sabah & Sarawak) membentuk negara Malaysia.

Dua tahun kemudian, pada 7 Ogos 1965, Singapura dikeluarkan dari Malaysia kerana berlaku rusuhan kaum apabila PAP sering mempertikaikan hak keistimewaan kaum Bumiputera, menuntut persamaan hak antara Bumiputera dan bukan Bumiputera serta melaksanakan sistem meritokrasi berasaskan konsep Malaysian Malaysia.

Rusuhan kaum di Singapura pada tahun 1964 itu membawa kepada rusuhan kaum di Kuala Lumpur pada 1969 yang lebih dikenali sebagai ‘Peristiwa 13 Mei.’

Pada 9 Ogos 1965, Singapura membentuk negaranya sendiri yang dinamakan Republik Singapura, dengan Yusof bin Ishak dilantik sebagai Presiden dan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri pertama.

Yusof Ishak hanya bertahan menjadi Presiden Melayu pertama Singapura selama lima tahun, dari 9 Ogos 1965 hingga saat beliau meninggal dunia pada 23 November 1970.

Selepas Yusof Ishak tiada lagi Presiden Singapura berbangsa Melayu kerana selepas kematiannya, jawatan Presiden itu diganti oleh Benjamin Henry Sheare, Devan Nair, Wee Kim Wee, Ong Teng Cheong, Sellapan Ramanathan dan Dr. Tony Tan Keng Yam.
Manakala Setiausaha Agung PAP, Lee Kuan Yew pula memegang jawatan Perdana Menteri selama 31 tahun diganti dengan Goh Chok Tong dan pada 12 Ogos 2004, anak Kuan Yew, Lee Hsien Loong mengambil alih semula jawatan Perdana Menteri Singapura hingga sekarang. AIDC

Melayu Pulau Pinang Kini:

Seperti mana di Singapura yang diperintah PAP, DAP hanya memerlukan 5 tahun untuk menggantikan Orang Melayu. Pada mulanya mereka memberikan jawatan kepada pemimpin Melayu dalam jawatan-jawatan penting. Namun apabila ada pemimpin Melayu yang cuba memperjuangkan nasib Melayu seperti Iszuree Ibrahim, pemimpin seperti ini akan digantikan.



Bukan itu sahaja, malah pemimpin MELAYU TIRUAN juga dilantik untuk menggantikan pemimpin yang asli.

Berasal dari ibu bapa yang berketurunan Cina, Zairil diangkat menjadi pemimpin MELAYU PULAU PINANG oleh DAP kerana berbapa tirikan Tan Sri Khir Johari.
Sedikit demi sedikit hak Melayu dinafikan dengan cara halus melalui pengkhianat pemimpin-pemimpin Melayu yang sudah dicucuk hidungnya.
Posted on 3:34 AM | Categories: