Saturday, May 27, 2017

WONG KAH WOH DAPSY TAK LAYAK KETUAI PEMUDA DAPSY, CARA DIA MEMALUKAN LIM GUAN ENG

PEMIMPIN MUDA DAP BERFIKIRAN CETEK, WONG KAH WOH TIDAK LAYAK MENGETUAI DAPSY
Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY) Kebangsaan, Wong Kah Woh menunjukkan taraf minda pemimpin pelapis DAP sungguh cetek, mudah menggelabah dan kurang membaca. Nampaknya, Wong Kah Woh sendiri tidak mempelajari sejarah perjuangan Lim Kit Siang dan DAP dari awal. Maka tidak hairanlah beliau menggelabah dan rimas dengan kemunculan buku ‘Bahaya DAP kepada Islam dan Melayu Di Malaysia’!. Untuk mengambil hati Lim Kit Siang, Wong Kah Woh bercakap mempertahan Lim Kit Siang malangnya, dia memalukan bosnya sendiri dengan cara kebudak-budakkannya.

Ternyata ulasan Wong Kah Woh mengenai buku hanya berdasarkan hear say sahaja dan tidak menelaah isi kandungan buku itu. Sebab itulah, Wong Kah Woh tidak mengulas buku itu, sebaliknya dia hanya memberi komen luaran sahaja. Sekarang rakyat mempersoal jika begini cara pemimpin pelapis DAP seperti Wong Kah Woh bercakap, maka apa taraf university dia? Bercakap seperti orang tidak berpendidikan tinggi!

Kepada Wong Kah Woh, sila buktikan di mana di dalam buku itu fakta-fakta yang tidak tepat? Kamu buktikan fakta-fakta kamu dan jika ada kajian kamu mengenai perjuangan DAP dan Lim Kit Siang sejak tahun 1960an?

Jangan serang Tan Sri Anuar Musa (TSAM) kerana TSAM tiada kaitan mengenai buku itu. TSAM hanya mengetuai Biro Penerangan UMNO dan itu hanya satu aktiviti biro sama sahaja dengan aktiviti parti-parti lain seperti DAP lakukan. Sebagai Ketua Penerangan UMNO, TSAM hanya VIP yang merasmikan sahaja. Panel penilai bukan TSAM pun kerana panel yang menilai puluhan artikel, video dan sebagainya mestilah menghormati karya orang-orang Melayu dan Islam yang menyertai pertandingan itu. Kenapa perlu takut dengan hasil karya rakyat?

Tahukah Wong Kah Woh bahawa buku itu dihasilkan oleh sekumpulan anak muda lepasan universiti dengan menggunakan banyak kaedah kajian antaranya kajian ethnography. Mereka menggunakan 103 Bahan Rujukan Yang Tediri Daripada Buku-buku, Keratan Akhbar, Artikel-artikel, Dokumen-dokumen, ceramah, jadual, gambar dan mereka membuat temuramah. Hormatilah hasil kerja mereka anak muda. Jika tidak bersetuju keluarkan buku lawan buku tersebut. Bukannya menggelabah dan kacau bilau. Fakta lawan fakta, bukan sedikit-sedikit menggelabah, buat report polis lah, macam budak-budak berpolitik! Beginikah taraf pemimpin muda DAP???
Posted on 9:42 AM | Categories:

Saturday, April 22, 2017

KOMUNIS BANTU DAP PRU1969


Kami telah menerima sebuah buku baru bertajuk "DAP BAHAYA KEPADA MELAYU DAN ISLAM" oleh kumpulan think-thank AIDC.

Pendedahan mengejutkan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Yuen Yuet Leng membayangkan bahawa Komunis telah membantu parti-parti pembangkang, termasuk DAP, untuk memenangi sebilangan besar kerusi pada PRU 1969.

Yuet Leng berkata Komunis menyusup masuk ke dalam pembangkang sebelum pilihan raya, yang membantu mereka menembusi kawasan yang sebelum ini dipegang oleh Perikatan kerajaan.

“Komunis itu telah menyusup masuk dalam banyak organisasi undang-undang, termasuk parti-parti politik, dan itulah yang membawa kepada pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum 1969,” katanya dalam program “Cerita Tanah Airku” di Telekom Malaysia bersempena dengan Hari Malaysia.

Beliau berkata, rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 berpunca daripada provokasi oleh sesetengah masyarakat Cina yang menyambut kemenangan pembangkang dalam PRU itu dan disambut dengan ‘aksi berlebihan’ daripada masyarakat Melayu.

“Beberapa samseng Cina menjerit dengan kata-kata penghinaan perkauman yang melampau dan ini menjadikan orang Melayu sangat marah.

Saat sukar dalam masa 48 jam, dan pada akhir kejadian itu, lebih 200 orang terbunuh dan 43 ditembak oleh pihak polis,” katanya.

Beliau berkata sentimen isu-isu perkauman yang ditiupkan parti politik hanya akan membawa kepada kemusnahan negara. “Ia memerlukan usaha tiga kaum utama untuk menamatkan rusuhan.

Saya hanya mahu hantar satu mesej kepada generasi muda hentikan perkauman. Kita tidak mampu menyelamatkan negara ini tanpa menghilangkan perkauman,” katanya lagi. 

Menurut rekod, salah seorang pengasas DAP, Chan Kok Kit dan veteran parti, Chian Heng Kai telah ditahan ISA selama 57 bulan dari tahun 1976-1981 kerana didakwa terlibat dalam Communist United Front (CUF).

Kok Kit adalah salah seorang jawatankuasa pro-tem DAP pada tahun 1966. Manakala, Heng Kai menyertai DAP pada tahun 1967, setahun selepas parti itu diluluskan ROS sebagai parti berdaftar.

Kira-kira tujuh tahun selepas tragedi 13 Mei 1969, pada tahun 1976, Kok Kit dan Heng Kai telah ditahan ISA bersama lima tokoh lain yang diklasifikasikan sebagai CUF.

Ketika ditahan ISA, Kok Kit merupakan Penolong Bendahari DAP Kebangsaan, manakala Heng Kai pula adalah Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan yang juga merupakan Ahli Parlimen DAP Batu Gajah serta ADUN Pasir Puteh.

Kok Kit merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa CEC pertama DAP bagi sesi 1968/1969 bersama Dr Man Hin (Pengerusi) dan Kit Siang (Setiusaha Organisasi).

Tidak seperti Dr Man Hin yang menang di Parlimen Seremban Timur dan DUN Rahang serta Kit Siang menang di Parlimen Bandar Melaka pada PRU 1969, namun Kok Kit tidak bertanding pada PRU itu.

Kok Kit hanya bertanding pada PRU 1974 di DUN Bandar Kelang, namun tewas, tetapi dia tetap merupakan pemain utama parti di balik tabir.

Pada 4 Februari 1977, Ketua Polis Negara, Tan Sri Haniff Omar, berkata lima daripada enam pemimpin politik ditahan di bawah ISA itu telah membuat pengakuan bahawa mereka terlibat dalam aktiviti-aktiviti membantu CUF, namun dua daripada mereka tidak mahu membuat pengakuan terbuka kerana mahu menjaga karier politik mereka.

Mereka dituduh sebagai individu yang bertindak bagi kepentingan PKM di bawah pimpinan Chin Peng.

Kit Siang yang ketika itu merupakan Ketua Pembangkang dan Setiausaha Agung DAP mendakwa kenyataan Ketua Polis Negara yang merujuk kepada ‘dua orang yang tidak mahu mengaku secara terbuka’ itu merujuk kepada Heng Kai, Ahli Parlimen DAP Batu Gajah dan Kok Kit, Penolong Bendahari DAP Pusat.


Posted on 6:46 AM | Categories: