Saturday, May 27, 2017

WONG KAH WOH DAPSY TAK LAYAK KETUAI PEMUDA DAPSY, CARA DIA MEMALUKAN LIM GUAN ENG

PEMIMPIN MUDA DAP BERFIKIRAN CETEK, WONG KAH WOH TIDAK LAYAK MENGETUAI DAPSY
Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY) Kebangsaan, Wong Kah Woh menunjukkan taraf minda pemimpin pelapis DAP sungguh cetek, mudah menggelabah dan kurang membaca. Nampaknya, Wong Kah Woh sendiri tidak mempelajari sejarah perjuangan Lim Kit Siang dan DAP dari awal. Maka tidak hairanlah beliau menggelabah dan rimas dengan kemunculan buku ‘Bahaya DAP kepada Islam dan Melayu Di Malaysia’!. Untuk mengambil hati Lim Kit Siang, Wong Kah Woh bercakap mempertahan Lim Kit Siang malangnya, dia memalukan bosnya sendiri dengan cara kebudak-budakkannya.

Ternyata ulasan Wong Kah Woh mengenai buku hanya berdasarkan hear say sahaja dan tidak menelaah isi kandungan buku itu. Sebab itulah, Wong Kah Woh tidak mengulas buku itu, sebaliknya dia hanya memberi komen luaran sahaja. Sekarang rakyat mempersoal jika begini cara pemimpin pelapis DAP seperti Wong Kah Woh bercakap, maka apa taraf university dia? Bercakap seperti orang tidak berpendidikan tinggi!

Kepada Wong Kah Woh, sila buktikan di mana di dalam buku itu fakta-fakta yang tidak tepat? Kamu buktikan fakta-fakta kamu dan jika ada kajian kamu mengenai perjuangan DAP dan Lim Kit Siang sejak tahun 1960an?

Jangan serang Tan Sri Anuar Musa (TSAM) kerana TSAM tiada kaitan mengenai buku itu. TSAM hanya mengetuai Biro Penerangan UMNO dan itu hanya satu aktiviti biro sama sahaja dengan aktiviti parti-parti lain seperti DAP lakukan. Sebagai Ketua Penerangan UMNO, TSAM hanya VIP yang merasmikan sahaja. Panel penilai bukan TSAM pun kerana panel yang menilai puluhan artikel, video dan sebagainya mestilah menghormati karya orang-orang Melayu dan Islam yang menyertai pertandingan itu. Kenapa perlu takut dengan hasil karya rakyat?

Tahukah Wong Kah Woh bahawa buku itu dihasilkan oleh sekumpulan anak muda lepasan universiti dengan menggunakan banyak kaedah kajian antaranya kajian ethnography. Mereka menggunakan 103 Bahan Rujukan Yang Tediri Daripada Buku-buku, Keratan Akhbar, Artikel-artikel, Dokumen-dokumen, ceramah, jadual, gambar dan mereka membuat temuramah. Hormatilah hasil kerja mereka anak muda. Jika tidak bersetuju keluarkan buku lawan buku tersebut. Bukannya menggelabah dan kacau bilau. Fakta lawan fakta, bukan sedikit-sedikit menggelabah, buat report polis lah, macam budak-budak berpolitik! Beginikah taraf pemimpin muda DAP???
Posted on 9:42 AM | Categories: